[KUANTAN] PETANI RUGI TERIMA WANG IHSAN

[KUANTAN] PETANI RUGI TERIMA WANG IHSAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] PETANI RUGI TERIMA WANG IHSAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] PETANI RUGI TERIMA WANG IHSAN
link : [KUANTAN] PETANI RUGI TERIMA WANG IHSAN

Baca juga


[KUANTAN] PETANI RUGI TERIMA WANG IHSAN


Petani rugi terima wang ihsan


Musim kemarau yang melanda tahun lalu menyebabkan petani yang terlibat dengan penanaman sayur terjejas dan mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Prihatin terhadap nasib petani, kerajaan negeri menyalurkan wang ihsan bernilai RM500 kepada 61 petani di daerah ini.

Petani yang ditemui, Mohd Yusli Abdul Hamid, 32, berkata, kebun sayurnya seluas 12 hektar mengalami kerugian mencecah puluhan ribu ringgit pada musim kemarau yang lalu.

Menurutnya, kemarau yang berpanjangan selama dua bulan itu membuatkan dia terpaksa reda melihat tanamannya mati akibat kekurangan air.

“Pada ketika itu, saya tanam kacang panjang dan timun tetapi kerana kekurangan air, saya terpaksa biarkan semua sayur mati.

“Anggaran kerugian mencecah lebih RM80,000 kerana bekalan sayur tidak dapat diedarkan kepada pemborong,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Kemarau daerah Kuantan anjuran Pejabat Pertanian Kuantan, semalam.

Hadir menyampaikan bantuan adalah, Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Dato' Shafik Fauzan Sharif.

Turut hadir, Pegawai Pertanian Kuantan, Amir Dzulfadli Samad.

Mohd Yusli yang mengusahakan kebun sayur di Kampung Pahang berkata, hampir 80 peratus sayuran yang ditanam di kebunnya dipasarkan ke Pasar Borong Selayang manakala selebihnya di Pasar Borong Kuantan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan nasib kami,” katanya.

Situasi sama turut dialami Syafiqa Ali Mohd, 27, dan suami Rizal Abu Salam, 37, sehingga terpaksa mengorek kolam bawah tanah bagi mendapatkan aliran air.

“Saya terpaksa tanam sayur hanya 0.8 hektar daripada luas keseluruhan kerana bimbang akan rugi lebih banyak.

“Nasib baik musim kemarau sudah berakhir dan sekarang tanaman sudah kembali seperti biasa,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] PETANI RUGI TERIMA WANG IHSAN

Sekianlah artikel [KUANTAN] PETANI RUGI TERIMA WANG IHSAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PETANI RUGI TERIMA WANG IHSAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/kuantan-petani-rugi-terima-wang-ihsan.html

Subscribe to receive free email updates: