Judul : Belum lagi dilaksanakan dah kecoh ?
link : Belum lagi dilaksanakan dah kecoh ?
Belum lagi dilaksanakan dah kecoh ?
Hak kerajaan negeri laksana sebat di khalayak
Tajuddin (tengah) semasa sidang media, hari ini.
KOTA BHARU - Keputusan kerajaan negeri melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai yang diputuskan Dun Kelantan adalah keputusan negeri itu yang tiada kaitan dengan kerajaan pusat.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, bagaimanapun jika undang-undang berkenaan dikuatkuasakan di seluruh negara, ia tertakluk kepada keputusan kerajaan pusat yang perlu dibawa ke peringkat parlimen.
"Saya sebagai pemimpin kerajaan pusat tidak boleh campur tangan kerana ia adalah urusan negeri, jadi ia terpulang kepada kerajaan negeri untuk menjalankan hukuman berkenaan.
"Apapun keputusan, kena bawa kepada Parlimen untuk dapat kelulusan dan berbincang perkara itu, tapi untuk peringkat negeri, itu hak dia (kerajaan Kelantan) sebagai kerajaan yang berkuasa,” katanya selepas Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan, Rang Undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) diluluskan dalam Sidang Dun Kelantan Kali Kedua Penggal Kelima dengan membenarkan penggunaan video semasa perbicaraan, gari oleh penguatkuasa agama dan hukuman khidmat komuniti.
Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassaruddin Daud dan diluluskan sebulat suara.
Demikianlah Artikel Belum lagi dilaksanakan dah kecoh ?
Sekianlah artikel Belum lagi dilaksanakan dah kecoh ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Belum lagi dilaksanakan dah kecoh ? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/07/belum-lagi-dilaksanakan-dah-kecoh.html