Judul : Wanita Tak Balik Raya, Bekas Suami Ugut Bunuh Anak-Anak.
link : Wanita Tak Balik Raya, Bekas Suami Ugut Bunuh Anak-Anak.
Wanita Tak Balik Raya, Bekas Suami Ugut Bunuh Anak-Anak.
Kecewa dengan bekas isterinya yang tidak mahu pulang melihat dua orang anak perempuan walaupun ketika hari raya, seorang lelaki mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anaknya di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, Sabah, semalam.Menurut laporan Harian Metro, Dalam kejadian 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung dua anak perempuannya berusia empat dan lima tahun dan mengacukan pedang di leher mereka.
Seorang lelaki ditahan polis selepas mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anak perempuannya berusia empat serta lima tahun di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis menerima laporan daripada sepupu suspek bahawa lelaki itu mengurung anaknya di sebuah bilik di tingkat atas rumah.
"Suspek dipujuk sepupunya namun gagal. Dia kemudian terhidu bau asap dari bilik suspek dan ternampak lelaki itu membakar sesuatu di dalam bilik
"Pengadu juga nampak suspek mengacukan pedang samurai ke leher anaknya sambil menjerit supaya tidak masuk campur," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Chandra berkata, bimbang perkara tidak diingini, sepupu suspek segera menghubungi polis.
"Sepasukan polis yang tiba cuba memujuk suspek menyerah diri serta tidak mencederakan anak-anaknya.
"Polis juga mengepung lokasi kejadian dan beberapa minit kemudian, suspek membawa anaknya keluar dan menyerahkan dua beradik itu kepada seorang ahli keluarga," katanya.
Beliau berkata, kanak-kanak terbabit tidak cedera manakala suspek ditahan dan senjata seperti pedang samurai dan pisau pemotong sayur dirampas .
"Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan awal mendapati punca suspek mengamuk disebabkan kecewa kerana bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang berhari raya bersama.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh," katanya. - Harian Metro
Demikianlah Artikel Wanita Tak Balik Raya, Bekas Suami Ugut Bunuh Anak-Anak.
Sekianlah artikel Wanita Tak Balik Raya, Bekas Suami Ugut Bunuh Anak-Anak. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Tak Balik Raya, Bekas Suami Ugut Bunuh Anak-Anak. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/wanita-tak-balik-raya-bekas-suami-ugut.html