MESIN ATM PERTAMA DISALUTI EMAS

MESIN ATM PERTAMA DISALUTI EMAS - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MESIN ATM PERTAMA DISALUTI EMAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MESIN ATM PERTAMA DISALUTI EMAS
link : MESIN ATM PERTAMA DISALUTI EMAS

Baca juga


MESIN ATM PERTAMA DISALUTI EMAS





Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang sudah 50 tahun berkhidmat diberikan penghargaan dengan disaluti emas oleh sebuah bank di London.

Selain disaluti emas, permaidani merah turut dipasang pada mesin di bandar Enfield itu.

Sekeping gambar hitam putih Varney ketia menggunakan mesin itu buat kali pertamanya turut dipasang di atasnya selain plak emas peringatan ditampal pada dinding bank.




Reuters melaporkan, perkhidmatan ATM pertama itu dilancarkan oleh Barclays di cawangannya di Enfield di utara London pada 27 Jun 1967.

Barclays berkata, penciptaan ATM adalah satu peristiwa bersejarah yang mengubah cara manusia di dunia berfikir dan menggunakan wang tunai.

Idea untuk mencipta mesin wang tunai diilhamkan oleh John Shepherd-Barron yang diarahkan pihak bank untuk menghasilkan enam alat untuk mengeluarkan wang tunai.

Penciptaan ATM itu berdasarkan mesin layan diri dan membolehkan pelanggan mengeluarkan wang simpanan mereka di luar waktu operasi bank.

Individu pertama yang menggunakan ATM itu adalah pelakon komedi Britain, Reg Varney yang popular dengan rancangan ‘On The Buses’ bagi menunjukkan betapa mudahkan untuk menggunakan perkhidmatan itu.

Sehingga kini, dianggarkan ada lebih tiga juta mesin ATM di seluruh dunia.

Perkhidmatan mesin ATM turut disediakan di pangkalan penyelidikan Stesen McMurdo di Antartika, manakala yang tertinggi terletak di Genting Khunjerab, Pakistan berhampiran sempadan China, iaitu setinggi 4,693 meter.




Demikianlah Artikel MESIN ATM PERTAMA DISALUTI EMAS

Sekianlah artikel MESIN ATM PERTAMA DISALUTI EMAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MESIN ATM PERTAMA DISALUTI EMAS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/mesin-atm-pertama-disaluti-emas.html

Subscribe to receive free email updates: