Judul : UPNM,UNITEN DAN KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA
link : UPNM,UNITEN DAN KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA
UPNM,UNITEN DAN KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA
Tidak patut abang saya diperlakukan begitu
Rakan Allahyarham turut hadir di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.
SERDANG - "Tidak sepatutnya abang saya diperlakukan begitu, apa salah dia," demikian ujar Zulhelmie Idros Zulkarnain, adik kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia malam tadi kerana disyaki didera.
Menurutnya, dia tidak sangka perkara itu berlaku kepada abangnya.
Zulhelmie dalam nada sebak ketika ditemui di hadapan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang di sini, hari ini, turut menyatakan abangnya adalah seorang yang peramah.
"Kami sekeluarga amat terkejut selepas menerima panggilan kira-kira pukul 11 malam mengatakan arwah abang telah meninggal dunia," katanya kepada pemberita di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.
[ARTIKEL BERKAITAN: 36 mahasiswa direman tujuh hari]
Tentang persediaan menyambut hari raya dengan Allahyarham, Zulhelmie berkata, dia sekeluarga sudah membeli baju melayu berwarna kelabu untuk dipakai sedondon.
"Baju raya ini kami beli untuk pakai bersama pada hari raya pertama," katanya.
Zulhelmie kali terakhir bertemu abangnya kira-kira sebulan lepas ketika Allahyarham pulang ke rumah mereka di Bandar Uda Pertama, Skudai, Johor bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu mereka.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, seramai 36 mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berusia lingkungan 20 dan 21 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa malam tadi.
Jenazah allahyarham Zulfarhan Osman akan disembahyangkan di Masjid Kampung Kampung Kurnia, Johor Bharu, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Kebun Teh.
Demikianlah Artikel UPNM,UNITEN DAN KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA
Sekianlah artikel UPNM,UNITEN DAN KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UPNM,UNITEN DAN KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/upnmuniten-dan-kerajaan.html