ANIH BERHAD EDAR PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA KEPADA PENGGUNA LPT

ANIH BERHAD EDAR PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA KEPADA PENGGUNA LPT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANIH BERHAD EDAR PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA KEPADA PENGGUNA LPT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANIH BERHAD EDAR PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA KEPADA PENGGUNA LPT
link : ANIH BERHAD EDAR PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA KEPADA PENGGUNA LPT

Baca juga


ANIH BERHAD EDAR PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA KEPADA PENGGUNA LPT




ANIH Berhad, pemegang konsensi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengedarkan sebanyak 3,000 pek juadah berbuka percuma kepada pengguna lebuhraya itu menerusi program "Berkongsi Barakah Ramadan' bermula semalam.

Pengedaran pek juadah yang mengandungi nasi, lauk pauk, minuman dan kurma itu dilaksanakan sebanyak tiga kali iaitu di dua kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah pada 2 dan 16 Jun, manakala di R&R Temerloh pada 9 Jun.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussin berkata program itu merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Anih Berhad dan berharap dapat menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti bermanfaat bagi pengguna LPT.

"Setiap lokasi akan diperuntukkan 1,000 pek juadah berbuka dan akan diedarkan menerusi satu kaunter pandu lalu khas yang bermula 6.30 petang hingga 7.45 malam.

"Ini merupakan tradisi ANIH Berhad untuk turun padang mengedarkan pek penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada pengguna LPT setiap kali tibanya Ramadan," katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini semalam.

Sebelum ini, ANIH Berhad telah memulakan program pengedaran 20,000 pek kurma secara percuma kepada pengguna LPT semasa waktu berbuka puasa, yang diedarkan selama sebulan bermula hari pertama umat Islam menunaikan puasa di Plaza Tol Gombak dan Karak.

Selain mengedarkan juadah berbuka, Nik Fauzi berkata pengguna LPT turut diberikan beberapa tip keselamatan semasa memandu di lebuh raya yang digambarkan menerusi lukisan doodle, di susur masuk ke R&R Genting Sempah.

Antara tip yang dikongsikan seperti berehat seketika di R&R terdekat sekiranya keletihan, jangan memandu melebihi had laju, merancang perjalanan dengan mengikuti cadangan waktu perjalanan, beri isyarat semasa menukar lorong, elakkan daripada mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat dan jangan menyalahgunakan lorong kecemasan, katanya.

Nik Fauzi menambah pengguna LPT juga berpeluang mengenali lebih dekat platform media sosial utama ANIH Berhad merangkumi Facebook LPT dan laman Twitter @LPTTrafik yang digunakan oleh syarikat untuk mengumumkan status dan keadaan terkini di sepanjang jajaran lebuh raya di bawah kendalian syarikat itu.




Demikianlah Artikel ANIH BERHAD EDAR PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA KEPADA PENGGUNA LPT

Sekianlah artikel ANIH BERHAD EDAR PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA KEPADA PENGGUNA LPT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANIH BERHAD EDAR PEK JUADAH BERBUKA PERCUMA KEPADA PENGGUNA LPT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/anih-berhad-edar-pek-juadah-berbuka.html

Subscribe to receive free email updates: