Judul : SITI KASIM DIDAKWA HALANG TUGAS JAWI
link : SITI KASIM DIDAKWA HALANG TUGAS JAWI
SITI KASIM DIDAKWA HALANG TUGAS JAWI
Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali Siti Kasim, 54, semalam didakwa kerana menghalang proses keadilan semasa serbuan pada satu acara transgender, April tahun lepas.
Serbuan berkenaan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua setengah jam selepas acara bermula.
Mengikut kertas pertuduhan, Siti Kasim didakwa dengan sengaja menghalang Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, 36, untuk menjalankan tugas di dewan tingkat 2, hotel tersebut, pada jam 10.30 malam, 3 April 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siti Kasim mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid dan mohon kes itu dibicarakan.
Ahmad Solihin mengarahkan sebutan kes pada 22 Ogos selepas tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM3,000.
Demikianlah Artikel SITI KASIM DIDAKWA HALANG TUGAS JAWI
Sekianlah artikel SITI KASIM DIDAKWA HALANG TUGAS JAWI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SITI KASIM DIDAKWA HALANG TUGAS JAWI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/siti-kasim-didakwa-halang-tugas-jawi.html