JANGAN GADAI KEDAULATAN NEGARA

JANGAN GADAI KEDAULATAN NEGARA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JANGAN GADAI KEDAULATAN NEGARA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JANGAN GADAI KEDAULATAN NEGARA
link : JANGAN GADAI KEDAULATAN NEGARA

Baca juga


JANGAN GADAI KEDAULATAN NEGARA


Ahmad Zahid Hamidi


Putrajaya - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat Malaysia tenang dan bijaksana menilai tohmahan dan fitnah nista yang sengaja dirancang media asing untuk menjejaskan imej negara ini.

Beliau berkata rakyat harus berminda positif dan menangkis segala isu yang dibangkitkan oleh media asing.

"Kedaulatan dan kebebasan negara kita tidak wajar digadaikan kepada media luar untuk mencaturkan politik negara.

"Sebagai pemimpin, saya seru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama dalam satu barisan untuk mempertahankan negara," katanya dalam perutusan Aidilfitri di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyarankan rakyat agar menjadikan media baharu sebagai medium perpaduan bukannya dijadikan platform membangkitkan isu sensitif yang boleh membakar rasa kebencian antara kaum.

"Secara asasnya, kita telah berjaya membenih dan menyuburkan semangat Bangsa Malaysia.

"Namun, semestinya kekuatan dan keunikan ini dicemburui oleh orang asing. Inilah cabaran kita. Mereka sedaya upaya mengadu-domba untuk meretakkan jalinan perpaduan antara kaum dan pucuk pimpinan negara," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus komited membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup, isu percukaian dan masalah sosial seperti buli yang semakin membimbangkan

"Kepercayaan rakyat kepada kerajaan selama ini akan direalisasikan dengan berkesan," katanya.

Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri bagi mengeratkan tali persaudaraan antara semua sebagai masyarakat pluralistik di negara ini.

"Buat seluruh umat Islam di Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kita telah berjaya melalui cabaran madrasah Ramadan. Hari ini (1 Syawal) adalah hari kemenangan.

"Sebagai sebuah masyarakat majmuk yang hidup aman harmoni, marilah kita raikan Aidilfitri ini dengan rasa muhibah. Menyantuni keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan warna kulit," katanya.




Demikianlah Artikel JANGAN GADAI KEDAULATAN NEGARA

Sekianlah artikel JANGAN GADAI KEDAULATAN NEGARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JANGAN GADAI KEDAULATAN NEGARA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/06/jangan-gadai-kedaulatan-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :