Jenis-jenis kesalahan-kesalahan disiplin murid yang boleh dirotan

Jenis-jenis kesalahan-kesalahan disiplin murid yang boleh dirotan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenis-jenis kesalahan-kesalahan disiplin murid yang boleh dirotan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenis-jenis kesalahan-kesalahan disiplin murid yang boleh dirotan
link : Jenis-jenis kesalahan-kesalahan disiplin murid yang boleh dirotan

Baca juga


Jenis-jenis kesalahan-kesalahan disiplin murid yang boleh dirotan


Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama. Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas bahawa :

Peraturan 6 :

Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang sama :

Peraturan 5 :

(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat :

Dengan syarat bahawa –

(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan
(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.

Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian daripada proses pendidikan.

Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid. Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah, merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka yang tidak berdisiplin.

Muat Turun: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 : KUASA GURU MEROTAN MURID



jobs from my.neuvoo.com


Demikianlah Artikel Jenis-jenis kesalahan-kesalahan disiplin murid yang boleh dirotan

Sekianlah artikel Jenis-jenis kesalahan-kesalahan disiplin murid yang boleh dirotan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenis-jenis kesalahan-kesalahan disiplin murid yang boleh dirotan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/jenis-jenis-kesalahan-kesalahan.html

Subscribe to receive free email updates: