Cip khas kesan lokasi jemaah diuji musim haji ini

Cip khas kesan lokasi jemaah diuji musim haji ini - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cip khas kesan lokasi jemaah diuji musim haji ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cip khas kesan lokasi jemaah diuji musim haji ini
link : Cip khas kesan lokasi jemaah diuji musim haji ini

Baca juga


Cip khas kesan lokasi jemaah diuji musim haji ini

Sinar Harian
Haji
Gambar hiasan. - sumber internet
NILAI - "Teknologi cip khas yang dapat mengesan lokasi jemaah semasa menunaikan ibadat haji di Tanah Suci akan diuji penggunaannya pada musim haji tahun ini," kata Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, di peringkat awal, cip itu akan dipasang pada lencana pengenalan diri 480 jemaah.
"Ini merupakan projek perintis untuk kita menguji keberkesanan penggunaannya pada tahun ini. Melalui teknologi itu, kita akan dapat mengesan mereka sekiranya berlaku kecemasan," katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Program Sijil Pembimbing Ibadat Haji di sini, hari ini.

Majlis penutupan itu disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia Prof Datuk Dr Zulkiple Abd Ghani.
Mengulas lanjut, beliau berkata pemantauan penggunaan cip itu akan dikendalikan oleh 15 kakitangan teknologi maklumat (IT) daripada Theta Edge Bhd, anak syarikat TH.

Syed Saleh berkata, sejak lima tahun lalu, penggunaan teknologi telah banyak dibangunkan oleh TH, misalnya dari segi keselamatan dan pengiraan jumlah jemaah haji yang lebih tepat yang diperkenalkan tahun lepas.
Sementara itu, beliau berkata, TH akan menambah jumlah petugas iaitu 630 orang berbanding 600 orang sebelum ini bagi memenuhi keperluan jemaah yang lebih ramai.

Katanya, kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 orang berbanding 27,900 orang sebelumnya.
"Oleh itu, beberapa perancangan lain turut dibuat untuk berdepan peningkatan jumlah jemaah, seperti menyediakan bangunan penginapan di Makkah dan Madinah, pesawat dan pembimbing jemaah," katanya. - Bernama


Demikianlah Artikel Cip khas kesan lokasi jemaah diuji musim haji ini

Sekianlah artikel Cip khas kesan lokasi jemaah diuji musim haji ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cip khas kesan lokasi jemaah diuji musim haji ini dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/05/cip-khas-kesan-lokasi-jemaah-diuji.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :