Judul : Selepas Edisi 'Superimpose' Gambar @NajibRazak Gagal, Sarawak Report Meneruskan Dengan Berita Fitnah Pascal Najadi
link : Selepas Edisi 'Superimpose' Gambar @NajibRazak Gagal, Sarawak Report Meneruskan Dengan Berita Fitnah Pascal Najadi
Selepas Edisi 'Superimpose' Gambar @NajibRazak Gagal, Sarawak Report Meneruskan Dengan Berita Fitnah Pascal Najadi
Selepas membuang (delete) posting fitnah gambar edit Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dan isteri, url asal yang dipadam di bawah:
http://ift.tt/2olDvtY)
Sarawak Report meneruskan fitnah dengan menyiarkan berita Pascal Najadi yang mendakwa ayahnya dibunuh oleh gangster dengan bayaran RM30 juta! Siapa yang akan percaya bahawa kos RM30 juta dibayar untuk menembak seseorang?
Alasan yang diberikan oleh Sarawak Report mengapa bapa Pascal Najadi ditembak pada bulan Julai 2013 adalah bahawa bapanya mengetahui mengenai wang yang dipindahkan ke dalam akaun DS Najib Tun Razak dan terpaksa disenyapkan, walaupun Allahyarham Najadi telah meninggalkan bank lebih daripada 30 tahun yang lalu.
Tuduhan Pascal Najadi Takjadi ini sangat tidak masuk akal. Jika beliau begitu bebal elok baca semula sejarah Ambank. Bapanya hanya menubuhkan Ambank dan mengendalikan selama 7 tahun sahaja. Ahmad Hussain Najadi bukan pemilik Ambank mahupun Pengarah bank terbabit semasa segala tuduhan ke atas DS Najib Tun Razak dibuat.
Ahmad Hussain Najadi hanyalah pengasas Ambank pada 1975 dan meninggalkan syarikat terbabit 7 tahun kemudian. Pada 1982 Beliau menjual kesemua sahamnya kepada TS Azman Hashim. Jadi bagaimana seseorang yang telah meninggalkan bank terbabit selama lebih 30 tahun mempunyai akses terhadap akaun dalam Ambank dan membabitkan DS Najib Tun Razak seperti yang cuba dikaitkan oleh Pascal?
Bukankah ini merupakan tuduhan dan dakwaan yang bertujuan menguatkan agenda untuk menjatuhkan DS Najib Tun Abdul Razak sahaja? Yang menghairankan, hanya seorang yang telah meninggalkan bank lebih 30 tahun yang lalu telah ditembak dengan bayaran RM30 juta tetapi orang-orang lain yang mempunyai pengetahuan mengenai transaksi tersebut termasuk pegawai BNM, pegawai bank, kakitangan IT, pengarah bank dan lain-lain pihak yang terlibat semuanya tidak disentuh?
Demikianlah Artikel Selepas Edisi 'Superimpose' Gambar @NajibRazak Gagal, Sarawak Report Meneruskan Dengan Berita Fitnah Pascal Najadi
Sekianlah artikel Selepas Edisi 'Superimpose' Gambar @NajibRazak Gagal, Sarawak Report Meneruskan Dengan Berita Fitnah Pascal Najadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selepas Edisi 'Superimpose' Gambar @NajibRazak Gagal, Sarawak Report Meneruskan Dengan Berita Fitnah Pascal Najadi dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/selepas-edisi-superimpose-gambar.html