Judul : PERCATURAN BIAR MENESABAH, JANGAN HANYA BERCAKAP TAPI BUKTIKAN
link : PERCATURAN BIAR MENESABAH, JANGAN HANYA BERCAKAP TAPI BUKTIKAN
PERCATURAN BIAR MENESABAH, JANGAN HANYA BERCAKAP TAPI BUKTIKAN
Pas optimis jadi ‘king maker’
PAS sedia bergerak bersendirian selain optimis menjadi king maker untuk menakluki kerusi-kerusi yang berpotensi buat calon-calonnya. Ketua Dewan Ulamak Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Johor, DATUK DR MAHFODZ MOHAMAD berkata, Pas Johor sudah bersedia dengan senarai calon dan jentera bagi menghadapi PRU14.
Mahfodz juga optimis dengan prinsip ‘Pas tidak kecewa, kalah selalu tapi menang sekali-sekali tapi ahli dan calonnya tidak keluar parti’.
Ikuti wawancara beliau bersama Ketua Biro Sinar Harian Johor, NORASHIKIN MOHD SALLEH sempena kunjungan mesra beliau ke pejabat Sinar Harian Johor, kelmarin.
Sejauh mana hubungan Pas dan PKR?
Mengenai hubungan Pas dan PKR sebenarnya usul itu telah dibawa oleh Dewan Muslimat pada Muktamar Pas pada tahun lepas. Jadi dekat setahun, maka sudah sampai kepada perbincangan Majlis Syura Ulamak sebenarnya dan pengumuman keputusan itu kemungkinan akan dibuat pada Muktamar Pas akhir bulan April dan kemungkinan juga lepas dari itu.
Kemungkinan ini kerana kita tunggu bila Parlimen hendak dibubarkan kerana kita masih ada hubungan PKR di Selangor dan sebenarnya pimpinan Pas Selangor telah bersedia. Kalau keputusan sudah dibuat, maka mereka sanggup meletakkan jawatan.
Memang apabila diputuskan Pas Pusat, jadi pimpinan Pas Selangor sedia untuk meletakkan jawatan, tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa keputusan yang muktamad, jadi mereka yang jadi Exco dan lain-lain menunggu sehingga ada keputusan.
Bagaimana hubungan Pas dan PKR di Johor?
Di Johor kita masih ada hubungan dengan PKR, apabila kita ada mesyuarat dan setiap kali Pas kawasan atau negeri adakan ceramah, pasti ada PKR dijemput dan terbaru di Ledang pada 22 Februari lepas, malahan PKR diwakili Tian Chua. Di Johor, kita tidak ada masalah dengan PKR.
Bagaimana dengan keputusan untuk tidak menyertai pakatan pembangkang?Perkara yang kita muktamadkan tidak mahu ada hubungan bukan dengan Pakatan Harapan tetapi bagi mana-mana pakatan yang ada DAP dan Amanah memang kita tidak akan kerjasama dan menjadi syarat kita bagi mana-mana parti politik yang nak bekerjasama dengan Pas mestilah tiada tahaluf siyasi dengan dua parti ini.
Begitu hubungan kita dengan Bersatu, kita masih dalam rundingan lain, keputusan masih tidak ada, kerana kita hendak lihat perkembangan kedudukan Bersatu dalam Pakatan Harapan. Setakat ini, tidak dipastikan betul-betul Bersatu dalam Pakatan Harapan atau sekadar berkawan.
Pas secara prinsipnya akan teruskan perbincangan walaupun ada berita-berita terbaru bahawa terutamanya Pengerusi Bersatu (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan menyertai Pakatan Harapan.
Jika dia memang dah muktamad bersama dengan Pakatan Harapan, malahan ada mengatakan dia nak jadi ketua dalam Pakatan Harapan maka Pas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.
Bagaimana melihat perkembangan keputusan ini bagi Pas menghadapi PRU?
Kita dah berusaha untuk teruskan hubungan dengan PKR dan Bersatu. Selain itu, kita ada blok ketiga Parti Ikatan. Kalau boleh, kita teruskan hubungan yang kita ada dengan parti-parti ini jadi kita tidak sendirian tetapi andainya memang hanya kita, mahu atau tidak, suka atau tidak, Pas akan bersendirian.
Mungkin ada hikmahnya di sebalik sendirian itu, satunya kita nak tahu kekuatan kita sendiri dan kita juga boleh teruskan dasar-dasar yang diperjuangkan Pas kerana apabila kita bekerjasama kita kena tolak ansur, tidak boleh bawa Islam semua sekali ke? Jadi ada pro dan kontra, walaupun dari segi kemenangan belum tentu.
Jika dahulu, kita menang kerana ada sokongan orang bukan Islam, daripada kaum lain, tetapi apabila ada wakil rakyat kita yang kerja rajin terus mesra pengundi tidak kira kaum, mungkin pengundi yang mengundi Pas akan terus memberi undi jika dulu 80 peratus sekarang mungkin 40 peratus namun bagi Melayu kita lihat jika dulu 60-40 peratus antara Umno atau Pas, tetapi kalau sendirian Melayu mungkin beri swing kepada Pas.
Maksudnya Pas bersedia hadapi tentangan lebih daripada dua penjuru?
Kita tidak mahu sangat dua penjuru, kerana apabila dua penjuru Pas yang akan teruk. Apabila tiga penjuru lawan Umno, dan parti pembangkang lain belum tentu siapa akan menang. Tapi Pas parti lama, kita punya penyokong ramai, ada kerusi yang boleh menang walaupun bersendirian, kerana orang Pas yakin kemenangan di tangan ALLAH SWT. Sebab itu Pas tidak kecewa, kalah selalu tapi menang sekali-sekali tapi kita tidak keluar parti, yang keluar itu kerana dia kecewa.
Bagaimana strategi menghadapi PRU14 di Johor?
Kita ikut keadaan sama ada sendiri atau bersama parti lain. Kalau kita bersendirian dulu, kita tanding 30 Dun dan lapan parlimen, kita kena tambah lebih daripada itu, kali ini siapa pun kita lawan, kawasan DAP pun kita masuk sesetengah tempat dan mana-mana pembangkang lain kita lawan.
Kita sudah sediakan calon 30 kerusi dan calon lain yang kita sasarkan lebih 40 kerusi Dun, jika sendirian bukan sahaja lapan di Parlimen tetapi bertanding di 12 hingga ke 15 kerusi seperti disasarkan di Segamat, Kluang, Batu Pahat, Bakri dan Labis.
Fokus Pas Johor?
Selain kita mempertahankan kemenangan sedia ada dan menambah beberapa kerusi Dun yang berpotensi menang dalam 15 kerusi Dun, kalau kita sendirian pun, kalau kita menang kita boleh jadi king maker ketika itu Umno atau pembangkang yang lain akan memerlukan Pas kerana tanpa kita mereka tidak boleh memerintah. Insya-ALLAH selain empat kerusi Dun wajib dipertahankan meskipun satu telah dibawa lari.
Fokus dan strategi ini akan diperincikan pada Konvensyen Pas Johor pada 15 April ini di Markas Pas Parit Sulong.
Demikianlah Artikel PERCATURAN BIAR MENESABAH, JANGAN HANYA BERCAKAP TAPI BUKTIKAN
Sekianlah artikel PERCATURAN BIAR MENESABAH, JANGAN HANYA BERCAKAP TAPI BUKTIKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PERCATURAN BIAR MENESABAH, JANGAN HANYA BERCAKAP TAPI BUKTIKAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/percaturan-biar-menesabah-jangan-hanya.html