Penggunaan Punch Card Murid Perlu Kajian Lebih Mendalam - PIBGN

Penggunaan Punch Card Murid Perlu Kajian Lebih Mendalam - PIBGN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penggunaan Punch Card Murid Perlu Kajian Lebih Mendalam - PIBGN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penggunaan Punch Card Murid Perlu Kajian Lebih Mendalam - PIBGN
link : Penggunaan Punch Card Murid Perlu Kajian Lebih Mendalam - PIBGN

Baca juga


Penggunaan Punch Card Murid Perlu Kajian Lebih Mendalam - PIBGN

Foto via mstar
PETALING JAYA: Badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyarankan supaya kajian lebih terperinci dilakukan terhadap cadangan pelaksanaan alat perakam waktu dalam usaha untuk mengatasi masalah kelewatan kehadiran murid ke sekolah.

Walaupun menyokong inisiatif yang bertujuan melatih murid berdisiplin, beberapa perkara perlu diambil kira bagi memastikan ia berkesan dan dimanfaatkan sewajarnya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, perakam waktu itu perlu diawasi supaya pelaksanaannya tidak disalahguna.

“Pihak sekolah perlu memastikan ia bukan sahaja merekod kehadiran murid tetapi juga waktu tamat persekolahan mereka. Kita tidak mahu murid datang awal, tetapi lepas itu mereka ‘hilang’ atau balik awal.

“Pengawasan juga perlu dilaksanakan bagi mengelakkan murid tidak meminta rakan-rakan membantu ‘merekodkan’ kehadiran mereka,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Pada Khamis, Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SKKBG) di Terengganu memperkenalkan alat perakam waktu yang merupakan inisiatif PIBG dan pihak sekolah berkenaan, membabitkan kos sebanyak RM6,000.

Mohamad Ali berkata, pihak sekolah dan PIBG harus memastikan bahawa kos pemasangan alat perakam waktu tidak membebankan mereka.

"Kita kena kaji adakah alat perakam waktu itu akan dipasang di setiap kelas atau hanya satu sahaja di sekolah. Kena lihat kos dan bilangan pelajar.

“Walaupun pendekatan ini mampu mengajar murid mengurus masa lebih bijak, tetapi ia tidaklah perlu mewajibkannya ke atas semua sekolah," katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak berkata, kajian terperinci juga perlu dilaksanakan bagi memastikan ia benar-benar mengatasi masalah kelewatan murid.

“Kita kaji apakah punca kelewatan murid ke sekolah. Kita perlu faham terdapat golongan pelajar yang berbeza-beza seperti faktor keluarga mereka.

“Adakah kelewatan itu disebabkan murid sendiri, atau ibu bapa mereka. Kita perlu memastikan perakam waktu ini bersifat mendidik dan membudayakan pelajar untuk datang ke sekolah, bukan sebaliknya,” katanya.

Kamarozaman berkata, perakam waktu dilihat lebih sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid yang kecil.

“Kalau jumlah murid ramai, nanti mereka kena beratur panjang pula. Nanti murid terpaksa terkejar-kejar masa sehingga membebankan mereka.

“Mungkin juga sekolah-sekolah yang mencatatkan jumlah kelewatan murid tertinggi lebih sesuai untuk melaksanakannya,” katanya sambil menambah pelaksanaan itu perlu mendapat persetujuan bersama antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

Sumber: MStar Online

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Penggunaan Punch Card Murid Perlu Kajian Lebih Mendalam - PIBGN

Sekianlah artikel Penggunaan Punch Card Murid Perlu Kajian Lebih Mendalam - PIBGN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penggunaan Punch Card Murid Perlu Kajian Lebih Mendalam - PIBGN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/penggunaan-punch-card-murid-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :