Kapal pengangkut tentera AS tiba di Kuching

Kapal pengangkut tentera AS tiba di Kuching - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kapal pengangkut tentera AS tiba di Kuching, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kapal pengangkut tentera AS tiba di Kuching
link : Kapal pengangkut tentera AS tiba di Kuching

Baca juga


Kapal pengangkut tentera AS tiba di Kuching

 | April 14, 2017
USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending untuk Eksesais Pacific Partnership 2017, melibatkan Malaysia, AS, Australia, Korea Selatan dan Jepun.
VIDEO INSIDE
USNS-Fall-River-sarawak1KUCHING: Kapal pengangkut ekspedisi tentera laut Amerika Syarikat USNS Fall River tiba di Pelabuhan Pending, di sini pada kira-kira pukul 9.00 pagi untuk Eksesais Pacific Partnership 2017 (PP17).

Ketibaan kapal yang membawa bersama 100 anggota marin dan tentera laut Amerika Syarikat bersama 30 kru awam itu disambut Ketua Staf Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Kolonel Isa Daud.
Jurucakap Markas Pemerintahan Timur dalam satu kenyataan petang ini berkata kapal itu akan berlabuh sehingga tamat eksesais di sini pada 22 April ini sebelum bertolak ke pelabuhan Kuantan.

Antara yang turut serta dalam pelayaran tersebut adalah 20 pegawai dan anggota tentera Malaysia, anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Pertahanan Awam dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Pada perasmian PP17 di Pelabuhan Klang 10 April lalu, Panglima Angkatan Bersama Malaysia Lt Jen Datuk Fadhil Mokhtar berkata skop luas latihan akan memberi manfaat secara berterusan kepada sektor tentera Malaysia, masyarakat setempat dan mengeratkan hubungan antara negara.

Menurutnya PP17 yang akan berlangsung kira-kira 15 hari meliputi latihan di Kuching, Sarawak dan Kuantan, Pahang; memberi fokus kepada latihan bencana alam khususnya berkaitan dengan Bantuan Bencana Kemanusiaan (HADR).

Eksesais ini merupakan acara kerjasama tentera pelbagai hala antara Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Korea Selatan dan Jepun untuk meningkatkan persefahaman bersama antara negara dan bertukar pengalaman dalam bentuk latihan.
FMT



Demikianlah Artikel Kapal pengangkut tentera AS tiba di Kuching

Sekianlah artikel Kapal pengangkut tentera AS tiba di Kuching kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kapal pengangkut tentera AS tiba di Kuching dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/kapal-pengangkut-tentera-as-tiba-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :