PEMANDU UBER KENA CUKAI SAMA SEPERTI PENIAGAAN LAIN

PEMANDU UBER KENA CUKAI SAMA SEPERTI PENIAGAAN LAIN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMANDU UBER KENA CUKAI SAMA SEPERTI PENIAGAAN LAIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMANDU UBER KENA CUKAI SAMA SEPERTI PENIAGAAN LAIN
link : PEMANDU UBER KENA CUKAI SAMA SEPERTI PENIAGAAN LAIN

Baca juga


PEMANDU UBER KENA CUKAI SAMA SEPERTI PENIAGAAN LAIN


Uber


Kuala Lumpur - Cukai pendapatan individu yang dikenakan ke atas pemandu Uber dan GrabCar adalah sama seperti cukai terhadap individu yang menjalankan perniagaan lain.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, cukai pendapatan hanya akan dikenakan bagi pendapatan bersih daripada aktiviti memandu Uber atau GrabCar serta pendapatan lain seperti gaji bulanan daripada pekerjaan tetap, sekiranya ada.

"Sebagaimana layanan ke atas aktiviti perniagaan lain, pemandu Uber atau GrabCar boleh menuntut perbelanjaan seperti kos minyak, kos tol, kos promosi serta kos penyenggaraan kenderaan yang digunakan dalam menghasilkan pendapatan dan bayaran yuran kepada syarikat pengendali dalam mengira pendapatan bersih daripada aktiviti tersebut," kata LHDN dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah dilaporkan berkata, pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar yang bekerja separuh masa tidak terkecuali daripada mengisytiharkan pendapatan masing-masing kepada LHDN.

Ini kerana mereka tertakluk untuk dicukai jika memperoleh pendapatan daripada perkhidmatan itu selain sumber pendapatan tetap yang melebihi minimum RM30,000 setahun. 

Namun, pemandu Uber dan GrabCar dilaporkan meminta LHDN mempertimbang semula cukai yang dikenakan atas beberapa faktor termasuk mereka mendakwa cukai akan menjejaskan pulangan yang diperoleh selain mencadangkan individu yang membayar cukai diberi kelebihan membuat pinjaman peribadi dan rumah.

Dalam pada itu, LHDN menasihatkan semua individu yang menjalankan perniagaan sampingan seperti memandu Uber dan GrabCar, guru tuisyen, kelas pengajian al-Quran, jurumekap artis, peniaga dalam talian dan sebagainya supaya mendaftarkan fail cukai pendapatan mereka dengan LHDN.

Golongan itu perlu mengisytiharkan semua pendapatan tahunan yang mereka perolehi dalam Borang B selewat-lewatnya pada 30 Jun setiap tahun dan menyimpan semua dokumen perniagaan mereka bagi tempoh tujuh tahun untuk tujuan audit percukaian sekiranya perlu.

"Suka dinyatakan di sini bahawa tanggungjawab melaporkan pendapatan tersebut bukanlah bermakna individu itu secara automatik layak membayar cukai.

"Kelayakan dikenakan cukai masih tertakhluk kepada jumlah pendapatan tahunan melebihi RM30,000," kata kenyataan itu.

Menurut LHDN pengisytiharan pendapatan bukan sahaja boleh mengelak individu daripada dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Selain itu, rekod perisytiharan cukai pendapatan juga akan memberi kelebihan kepada mereka untuk membuat permohonan pembiayaan dengan institusi kewangan.




Demikianlah Artikel PEMANDU UBER KENA CUKAI SAMA SEPERTI PENIAGAAN LAIN

Sekianlah artikel PEMANDU UBER KENA CUKAI SAMA SEPERTI PENIAGAAN LAIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEMANDU UBER KENA CUKAI SAMA SEPERTI PENIAGAAN LAIN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/pemandu-uber-kena-cukai-sama-seperti.html

Subscribe to receive free email updates: