Judul : KALAU HAJI HADI BETUL-BETUL IKHLAS.....
link : KALAU HAJI HADI BETUL-BETUL IKHLAS.....
KALAU HAJI HADI BETUL-BETUL IKHLAS.....
Dalam PRU-13 yang lepas, Pakatan Rakyat kalah tipis je... Itu pun selepas ditipu....Dan, ketika itu pun, PAS dah khianat beberapa kerusi yang ditandingi PKR.
Padahal, kalau Haji Hadi betul-betul ikhlas, cuba bayangkan kalau PAS masih ikhlas bergabung dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP, mentelah pulak dengan adanya Bersatu sekarang, ditambah dengan kedudukan Najib dan UMNO yang sangat sangat sangat lemah sekarang, Najib sedang dihadapkan dengan skandal 1MDB, rakyat sedang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi..... Bukankah pembangkang mempunyai peluang yang sangat cerah untuk menumbangkan BN dan UMNO dalam PRU-14...?
Tapi nampaknya Haji Hadi dan tok-tok lebai PAS lebih suka memilih jalan sukar, iaitu bermesra dengan Najib dan memusuhi Anwar... Ini puncanya... Dulu saya pernah tulis, Hadi Awang akan memusuhi sesiapa saja yang baik dengan Anwar, dan akan berbaik dengan sesiapa saja yang memusuhi Anwar..... Inilah politik Hadi Awang... Segala alasan lain, konon nak mendaulatkan Islam, nak menegakkan negara Islam, nak laksanakan undang-undang Islam, nak kekalkan kuasa Melayu Islam; itu semua sebagai pemanis mulut belaka.... Hakikat yang sebenarnya, Haji Hadi dan tok lebai PAS akan buat apa saja asalkan dapat halang Anwar tak jadi PM.... Itu saja...!!!
PAS nak apa, sebenarnya...? Dalam politik ni, apa kehendak PAS...? Apa yang tok lebai mahukan...? RUU355...? Itu je....? Allahu akbar.... Kalau setakat RUU355 itulah yang jadi nyawa kepada perjuangan politik PAS, sampai usul RUU355 pun dah jadi macam bola, padan duk main passing UMNO bagi kepada PAS, PAS bagi ke UMNO, UMNO tendang ke PAS...... O'aloh..... Kalau Pakatan menang PRU-14, tak kira lah siapa PM pun asalkan bukan Najib atau orang UMNO, dan tak kiralah siapa speaker dewan rakyat pun asalkan bukan Pandikar Amin atau orang UMNO.... masa tu, kalau PAS nak bentang usul RUU355, hari pertama sidang pun boleh bentang dah.... Semua MP Pakatan akan sokong.... tak ada MP DAP dan PKR yang tak sokong.... apa masalah...?
Daripada duk berhempas-pulas nak pertahankan UMNO sampai bercakap pun mengarut meraban macam orang nyanyuk, bukankah sangat mudah kalau PAS berada dalam Pakatan....?
Sebab itu aku kata dari dulu bahawa Haji Hadi tidak pernah ikhlas dalam politik.... dia pergunakan agama sebagai modal untuk menipu wala'un, padahal dia sendiri mendapat habuan yang besar dari UMNO.
Awang
Demikianlah Artikel KALAU HAJI HADI BETUL-BETUL IKHLAS.....
Sekianlah artikel KALAU HAJI HADI BETUL-BETUL IKHLAS..... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KALAU HAJI HADI BETUL-BETUL IKHLAS..... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/04/kalau-haji-hadi-betul-betul-ikhlas.html