MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355

MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355
link : MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355

Baca juga


MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355

 | March 20, 2017
Presiden MIC berkata perdana menteri hanya memaklumkan yang beliau akan berjumpa dengan semua parti komponen BN sekali lagi berhubung usul pindaan dibawa presiden PAS itu.
subramaniam
KUALA LUMPUR : MIC hari ini berkata parti itu masih “tidak diberi maklumat” mengenai kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 pada sidang Parlimen kali ini, bagi mendapatkan kelulusan.

Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada memaklumkan yang beliau akan berjumpa dengan semua parti komponen BN sekali lagi berhubung usul pindaan yang dibawa presiden PAS itu.
“Kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu (kerajaan akan bentangkan RUU 355), kita tidak diberi maklumat sampai sekarang.

“Perdana menteri beritahu akan berjumpa parti komponen sekali lagi. Jadi kita tunggulah sampai perjumpaan itu dan selepas itu kita tahu apa yang dicadangkan dan apa pendirian kita selepas ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

MIC sebelum ini menyatakan pendirian menolak cadangan RUU yang dikenali sebagai RUU 355 itu.
Pada 17 Mac Zahid berkata kerajaan akan membentangkan sendiri RUU 355 dalam sidang Parlimen kali ini bagi mendapatkan kelulusan.

Beliau berkata Najib komited untuk menterjemahkan hasrat tersebut yang menjadi harapan umat Islam tanpa mengganggu-gugat kepentingan agama serta kaum lain.
Subramaniam yang juga menteri kesihatan berkata MIC akan mengadakan perjumpaan dengan Najib pada minggu ini.
FMT


Demikianlah Artikel MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355

Sekianlah artikel MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MIC ‘tiada maklumat’ kerajaan akan bentang RUU355 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/mic-tiada-maklumat-kerajaan-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :