'HADIAH ISTIMEWA' BUAT BANGSA JOHOR

'HADIAH ISTIMEWA' BUAT BANGSA JOHOR - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'HADIAH ISTIMEWA' BUAT BANGSA JOHOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'HADIAH ISTIMEWA' BUAT BANGSA JOHOR
link : 'HADIAH ISTIMEWA' BUAT BANGSA JOHOR

Baca juga


'HADIAH ISTIMEWA' BUAT BANGSA JOHOR


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


Johor Bahru - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengumumkan 'hadiah istimewa' buat rakyat negeri ini.

Ia sempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor pada Khamis ini.

Sultan Ibrahim bertitah, hadiah dimaksudkan merupakan satu skim perumahan mampu milik untuk 'Bangsa Johor' di Bandar Dato' Onn, di sini.

"Saya tidak mahu dedahkan terlalu banyak informasi sekarang.

"Rakyat dialu-alukan hadir ke Galleria di Plaza Kotaraya pada hari Rabu (22 Mac) ini untuk majlis pelancaran projek yang menarik ini," titahnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, projek hakmilik bebas unik itu akan dibangunkan di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Bank Rakyat.

Ia menawarkan konsep hartanah kediaman yang berlainan, rumah kedai dan lain-lain unit komersil.

"Saya mahu Bangsa Johor menjadi sebuah komuniti yang memiliki rumah. 

"Saya mahu skim perumahan yang pertama seumpamanya ini benar-benar mampu dimiliki, murah dan berkualiti tinggi.

"Bayangkan memiliki sebuah 'bungalow' tiga bilik atau rumah berkembar dengan harga bawah RM100,000 seunit. Ia dibuka kepada semua Bangsa Johor yang layak.

"Akan tetapi proses pemilihan adalah amat ketat dan teliti. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1 sebagai deposit dan mereka akan ditawarkan pinjaman penuh dengan skim pembayaran semula yang mudah," titahnya.

Baginda Tuanku menjangkakan projek unik itu mampu membuat kejutan dalam industri perumahan tempatan seterusnya memaksa pemaju swasta menurunkan harga rumah. 

"Kita mesti memastikan rumah mampu dimiliki oleh semua. Harga sekarang adalah di luar jangkauan mereka yang berpendapatan sederhana," titahnya.




Demikianlah Artikel 'HADIAH ISTIMEWA' BUAT BANGSA JOHOR

Sekianlah artikel 'HADIAH ISTIMEWA' BUAT BANGSA JOHOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'HADIAH ISTIMEWA' BUAT BANGSA JOHOR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/hadiah-istimewa-buat-bangsa-johor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :