Judul : KUOTA HAJI MALAYSIA DITAMBAH KEPADA 30,200
link : KUOTA HAJI MALAYSIA DITAMBAH KEPADA 30,200
KUOTA HAJI MALAYSIA DITAMBAH KEPADA 30,200
Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan terima kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, atas penambahan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini.
"Alhamdulillah, bermula musim haji tahun ini, kuota haji Malaysia ditambah kepada 30,200 jemaah.
"Terima kasih Raja Salman dan Kerajaan Arab Saudi, semoga dengan ini lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat menunaikan rukun Islam ke-5, Insya-ALLAH," tulis Najib dalam catatan di laman rasmi Facebook beliau hari ini.
Terdahulu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengumumkan kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah kepada 30,200 daripada 27,900 orang.
Penambahan itu adalah hasil perbincangan antara Raja Salman dan Najib semasa lawatan negara Raja Arab Saudi itu ke Malaysia baru-baru ini, katanya.
Januari lalu, kuota haji Malaysia telah dikembalikan kepada 27,900 berbanding 22,230 orang sejak tahun 2013.
Demikianlah Artikel KUOTA HAJI MALAYSIA DITAMBAH KEPADA 30,200
Sekianlah artikel KUOTA HAJI MALAYSIA DITAMBAH KEPADA 30,200 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KUOTA HAJI MALAYSIA DITAMBAH KEPADA 30,200 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/kuota-haji-malaysia-ditambah-kepada.html