Khairuddin, Ezam bakal TUBUH PARTI BARU untuk PRU14, Akan Tanding di Kerusi Pekan dan Titiwangsa

Khairuddin, Ezam bakal TUBUH PARTI BARU untuk PRU14, Akan Tanding di Kerusi Pekan dan Titiwangsa - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khairuddin, Ezam bakal TUBUH PARTI BARU untuk PRU14, Akan Tanding di Kerusi Pekan dan Titiwangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khairuddin, Ezam bakal TUBUH PARTI BARU untuk PRU14, Akan Tanding di Kerusi Pekan dan Titiwangsa
link : Khairuddin, Ezam bakal TUBUH PARTI BARU untuk PRU14, Akan Tanding di Kerusi Pekan dan Titiwangsa

Baca juga


Khairuddin, Ezam bakal TUBUH PARTI BARU untuk PRU14, Akan Tanding di Kerusi Pekan dan Titiwangsa

Sebuah parti politik baharu sedang dirancang, dan dipelopori bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Ezam Mohd Nor.
Bercakap kepada FMT, Khairuddin berkata parti yang belum diberi nama itu akan tertumpu kepada anak muda, terutamanya Generasi Y, membentuk mereka menjadi ahli politik masa depan, yang pertama sekali, menolak sebarang amalan rasuah.
Kami sebuah parti dengan objektif tunggal memerangi rasuah,” kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu.
Beliau menambah Generasi Y (lahir 1980an hingga awal 1990an) pada masa ini nampaknya dipinggirkan dan diabaikan, tetapi parti yang akan ditubuhkan ini akan menjadikan Gen Y tumpuan mereka.
Khairuddin memberitahu FMT partinya tidak akan bersaing melawan pakatan pembangkang terbesar, Pakatan Harapan.
Sebaliknya, mereka mahu melengkapkan PH dan sekutu baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apa sahaja kelemahan PH, kami akan ambil tanggungjawab menutup kekurangan itu. Untuk pilihan raya umum ke-14 nanti, kami hanya minta diberi 2 kerusi,” katanya.
Dua kerusi itu adalah kerusi Parlimen Pekan, iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kerusi Titiwangsa, iaitu kawasan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Ezam menyasarkan Najib sementara Khairuddin mahu mencabar Johari.
“Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meluluskan parti ini, kami akan buat permohonan rasmi kepada PH dan tanya bolehkah kami menjadi parti komponen.
“Kami juga memilih Pekan dan Titiwangsa kerana ahli Parlimen di situ mengetuai kementerian kewangan, yang menjadi lubuk kepada masalah kewangan negara.
“Kami mahu baiki masalah itu, kami mahu hentikan sebarang bentuk rasuah dalam kementerian itu.”
Khairuddin berkata beliau dan Ezam belum memaklumkan pimpinan PH dan Dr Mahathir tentang rancangan mereka, tetapi akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Ini kerana beliau rasa terhutang budi kepada mereka kerana membantu beliau dan aktivis lain menjayakan gerakan Deklarasi Rakyat.
“Kami tidak mahu pemimpin pembangkang yang lain salah faham objektif kami.
“Jadi kami akan bertemu mereka tidak lama lagi untuk menjelaskan perkara ini kepada mereka dan kami harap mereka akan bantu kita dalam pilihan raya umum akan datang.”
Menurut Khairuddin, sejak Ezam mengumumkan rancangan untuk membentuk parti baharu semalam, mereka menerima “ribuan panggilan” daripada anak muda dan aktivisi yang berminat menyertai mereka.
Walaupun anak muda tidak cukup pengalaman untuk bertanding pilihan raya umum akan datang, mereka boleh menjadi sebahagian daripada jentera pilihan raya PH dan belajar mengenai bagaimana dunia politik berfungsi.
Pada pilihan raya umum ke-15 nanti, mereka akan bersedia mengambil peranan sebagai pemimpin negara masa depan, tambah Khairuddin.
“Ini bukan lagi mengenai kami. Kami hanya mahu membentuk mereka menjadi pemimpin berwibawa yang akan mengambil tempat kita suatu hari nanti.
“Sebab itu kami tidak terburu-buru menjadi sebuah parti yang besar. Itu cerita kemudian hari, mungkin pada PRU-15.” - FMT


Demikianlah Artikel Khairuddin, Ezam bakal TUBUH PARTI BARU untuk PRU14, Akan Tanding di Kerusi Pekan dan Titiwangsa

Sekianlah artikel Khairuddin, Ezam bakal TUBUH PARTI BARU untuk PRU14, Akan Tanding di Kerusi Pekan dan Titiwangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khairuddin, Ezam bakal TUBUH PARTI BARU untuk PRU14, Akan Tanding di Kerusi Pekan dan Titiwangsa dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/03/khairuddin-ezam-bakal-tubuh-parti-baru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :