Judul : WAJAH BERTANYAKAN HUDUD
link : WAJAH BERTANYAKAN HUDUD
WAJAH BERTANYAKAN HUDUD
Siti Kasim curi tumpuan, aju soalan di forum hudud
KUALA LUMPUR - Peguam kontroversi, Siti Kasim atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim mencuri tumpuan ramai ketika mengajukan soalan dalam sesi soal jawab Forum 'Sejauh Mana Anda Memahami Hudud' di Dewan Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM), di sini, hari ini.
Tampil bersahaja, Siti Kasim ketika mengajukan pertamanya berkenaan soal hakim yang didakwanya tiada keberanian untuk mentafsir kes berkaitan dengan isu agama.
"Kenapa saya lihat di mahkamah, jika ada isu Islam disebut walaupun hanya sedikit, hakim-hakim tidak ada keberanian untuk tafsir undang-undang tersebut seperti sepatutnya.
"Ini merupakan masalah yang besar kerana mahkamah merupakan jalan terakhir untuk masalah kita," soalnya.
Menjawab kepada persoalan tersebut, Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi turut bersetuju dengan soalan Siti dan berkata mahkamah seharusnya bertanggungjawab mentafsir dan menguatkuasakan Perlembagaan.
"Segala-segalanya isu yang melibatkan syariah Islam seperti undang-undang, akidah, dan lain-lain ia adalah sangat berbahaya membuatkan mahkamah kurang yakin bila isu ini berkait.
"Mahkamah selalu 'pejam mata' apabila isu melibatkan Islam muncul," kata Profesor Shad lagi.
Selain itu, Siti Kasim turut bertanyakan soalan mengenai pilihan umat Islam dalam soal undang-undang Islam.
"Saya dilahirkan sebagai orang Islam dan Melayu dan berbangga dengan agama saya serta telah biasa dengan undang-undang sekular negara ini.
"Akan tetapi, kenapa saya harus ikut undang-undang yang ditentukan oleh sesetengah pihak memandang Islam dari segi berbeza?" soalnya lagi.
Jawab Profesor Shad lagi, persoalan kepada pilihan orang Islam ini tidak sesuai dibincangkan di dalam forum seperti ini.
"Untuk bertanyakan soalan berbentuk pilihan ini tidak sesuai di dalam forum seperti ini kerana ia melibatkan banyak pihak.
"Dari segi ini, lebih mudah jika ia dibincangkan menerusi satu dialog mudah serta kerana ramai orang lihat Islam ini dari sudut yang berbeza-beza. Islam itu sendiri sangat indah namun terpulang pada mereka yang menginterpretasikannya," katanya.
Tahun lalu, Siti Kasim mencetuskan kontroversi dengan mengetuai demonstrasi aman menolak Rang Undang-Undang Pindaan 355 (RUU 355) di hadapan bangunan Parlimen.
Demonstrasi dihadiri seramai 10 orang itu turut membawa sepanduk yang mengecam RUU 355.
Demikianlah Artikel WAJAH BERTANYAKAN HUDUD
Sekianlah artikel WAJAH BERTANYAKAN HUDUD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel WAJAH BERTANYAKAN HUDUD dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/wajah-bertanyakan-hudud.html