CAP MAHU PENJELASAN KERAJAAN PULAU PINANG

CAP MAHU PENJELASAN KERAJAAN PULAU PINANG - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CAP MAHU PENJELASAN KERAJAAN PULAU PINANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CAP MAHU PENJELASAN KERAJAAN PULAU PINANG
link : CAP MAHU PENJELASAN KERAJAAN PULAU PINANG

Baca juga


CAP MAHU PENJELASAN KERAJAAN PULAU PINANG


SM Mohamed Idris


Georgetown - Kerajaan Pulau Pinang digesa menjelaskan tujuan sebenar hutan paya bakau di negeri ini dimusnahkan bagi tujuan tambakan laut.

Gesaan itu dibuat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kerana kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak mempedulikan bantahan beberapa pihak berhubung perkara berkenaan.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, bantahan secara berterusan dibuat terutamanya golongan nelayan langsung tidak memberi kesan kepada kerajaan negeri yang dilihat semakin ligat melaksanakan pembangunan.

“CAP kesal dengan kerajaan negeri yang langsung tidak mendengar suara rakyat terutamanya nelayan. Kehidupan mereka semakin terhimpit apabila pelaksanaan projek tambakan laut semakin pesat dibangunkan.

“Dalam kejadian terbaru, seluas 9.38 hektar kawasan hutan paya bakau di Bagan Jermal dimusnahkan bagi memberi laluan kepada projek tambak laut di kawasan berkenaan. Tindakan ini jelas menunjukkan Kerajaan Pulau Pinang tidak serius dalam penjagaan alam sekitar dan kehidupan rakyat khususnya nelayan,” katanya, semalam.

SM Mohamed berkata, pihaknya berpendapat agar hutan paya bakau diwartakan sebagai hutan simpan kekal (HSK) kerana khazanah alam semula jadi itu kini diancam kepupusan.

“Tinjauan CAP mendapati, beratus hektar kawasan hutan paya bakau di negeri ini dimusnahkan bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan dan akuakultur. Sehubungan itu, beribu-ribu nelayan yang bergantung hidup kepada sektor perikanan di negeri ini terjejas mata pencarian mereka.

“Ini kerana, tempat pembiakan hidupan laut musnah dan kawasan pesisiran pantai semula jadi semakin lenyap kerana pembangunan serta diancam pencemaran,” katanya.

Oleh demikian, SM Mohamed berkata, pihaknya berharap tindakan segera akan diambil oleh pemaju projek untuk menanam semula pokok bakau di kawasan yang telah ditebang.

“Tindakan itu demi mengekalkan alam semula jadi dan sumber perikanan untuk kehidupan masyarakat nelayan serta generasi akan datang. Ini kerana, projek tambak laut untuk pembangunan Seri Tanjung Pinang 2 (STP2) memberi banyak masalah kepada nelayan tempatan. Malah ia akan menyebabkan kawasan penangkapan ikan lenyap," katanya.

“Kini ditambah pula dengan pemusnahan hutan paya bakau yang akan menyebabkan kehidupan nelayan semakin terhimpit. Ini kerana, hutan bakau adalah kawasan pembiakan hidupan laut. Persoalannya, apa matlamat kerajaan negeri? Adakah mahu membela nasib nelayan pantai atau melenyapkan generasi mereka semata-mata untuk pembangunan?” katanya.




Demikianlah Artikel CAP MAHU PENJELASAN KERAJAAN PULAU PINANG

Sekianlah artikel CAP MAHU PENJELASAN KERAJAAN PULAU PINANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CAP MAHU PENJELASAN KERAJAAN PULAU PINANG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/cap-mahu-penjelasan-kerajaan-pulau.html

Subscribe to receive free email updates: