Judul : JANGAN TERKENA LAGI .......
link : JANGAN TERKENA LAGI .......
JANGAN TERKENA LAGI .......
Pas perlu masa pertimbang kerjasama Bersatu
Takiyuddin.
ALOR SETAR - Pas perlukan masa untuk pertimbangkan cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, Pas perlu mengambil pendekatan 'memilih' kerana tidak mahu 'sejarah lama' berulang.
"Kita ada pengalaman yang cukup banyak dalam pakatan politik... era sekarang ini kita kena 'pick and choose'," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya seperti yang diputuskan Pas pusat sebelum ini, Pas negeri dibenarkan untuk mengadakan program atau aktiviti bersama Bersatu, asalkan bukan dengan Parti Amanah Negara ataupun DAP.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata, mahu menjalin 'pakatan pilihan raya' dengan Pas bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU akan datang. - Bernama
Demikianlah Artikel JANGAN TERKENA LAGI .......
Sekianlah artikel JANGAN TERKENA LAGI ....... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JANGAN TERKENA LAGI ....... dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/jangan-terkena-lagi.html