Judul : Apa Masalah Madinah Dilantik Menjadi Ketua Audit Negara Wahai Datuk @zaidibrahim ?
link : Apa Masalah Madinah Dilantik Menjadi Ketua Audit Negara Wahai Datuk @zaidibrahim ?
Apa Masalah Madinah Dilantik Menjadi Ketua Audit Negara Wahai Datuk @zaidibrahim ?
Sebagai seorang juruaudit bertauliah yang mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun, adalah menjadi tanggungjawab CTS untuk memperbetulkan tanggapan pembangkang yang mempertikaikan perlantikan TS Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara yang baru bagi mengantikan TS Ambrin Buang.
Sebagai 'penyapu baru' di dalam DAP, kita faham kritikan yang dibuat oleh Datuk Zaid Ibrahim untuk mendapatkan kepercayaan daripada Dinasti Lim di dalam parti. Datuk Zaid sedang berusaha untuk menebus kembali dosanya setelah melakukan kesilapan dengan mengangkat Pengerusi Parti Cap Bunga Raya sebagai Ketua Pembangkang, baru-baru ini.
Sekiranya TS Madinah tidak layak dilantik menjadi Ketua Audit Negara kerana latar belakang beliau tidak mempunyai kelayakan audit, maka rakan sejawat beliau dari Singapura, Willie Tan Yoke Meng, juga tidak layak menjawat jawatan yang sama di Republik berkenaan.
Willie Tan berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana Kejuruteraan dari Universiti Cambridge di UK (Kepujian). Beliau juga memegang Ijazah MSc (Kejuruteraan Industri) dari National University of Singapore. Tiada langsung latar belakang audit bagi Willie Tan. Baca 'curriculum vitae' beliau di sini. Beliau telah dilantik menjadi Ketua Audit Negara Singapura sejak 07 Januari 2013. Baca di sini. Apa masalahnya Datuk Zaid? Adakah ini bermakna bahawa Kerajaan Singapura tidak mengambil berat tentang negara mereka juga seperti dakwaan yang dilemparkan kepada TS Madinah?
Pegawai perkhidmatan Jabatan Audit Negara yang terakhir dilantik sebagai Ketua Audit Negara ialah Tuan Mohamad Zain. Selepas daripada itu, kesemua Ketua Audit Negara adalah dari kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). TS Ahmad Noordin, TS Ishak Tadin, TS Dr Hadenan dan TS Ambrin Buang adalah kesemuanya pesara Ketua Setiausaha Sulit (KSU) yang dilantik sebagai Ketua Audit Negara seperti TS Madinah.
Perlantikan Ketua Audit Negara adalah di bawah perlembagaan dan terikat dengan kontrak 2 tahun yang boleh diperbaharui. Untuk rekod, TS Ambrin Buang juga bukan berlatar belakang seorang juruaudit sebelum dilantik menjadi Ketua Audit Negara dan sepanjang perkhidmatan beliau, tidak ada sesiapa yang mempertikaikan perlantikan beliau.
Demikianlah Artikel Apa Masalah Madinah Dilantik Menjadi Ketua Audit Negara Wahai Datuk @zaidibrahim ?
Sekianlah artikel Apa Masalah Madinah Dilantik Menjadi Ketua Audit Negara Wahai Datuk @zaidibrahim ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Masalah Madinah Dilantik Menjadi Ketua Audit Negara Wahai Datuk @zaidibrahim ? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/apa-masalah-madinah-dilantik-menjadi.html