Judul : Bot meletup di Setiawan,Perak Hari ini, 9 Komando 69 cedera
link : Bot meletup di Setiawan,Perak Hari ini, 9 Komando 69 cedera
Bot meletup di Setiawan,Perak Hari ini, 9 Komando 69 cedera
MANJUNG, 16 Jamadilawal 1438H, Isnin – Sembilan anggota Komando 69 (VAT 69) cedera apabila bot yang mereka naiki meletup di Jeti Pangkalan Polis Marin, dekat Kampung Acheh, Sitiawan, jam 9.30 pagi tadi.
Seorang anggota komando terbabit dilaporkan dalam keadaan kritikal. Beliau difahamkan mengalami kecederaan kepala serta dalaman dan kini berada dalam keadaan koma.
Semua anggota komando yang tercedera dihantar Hospital Seri Manjung (HSM) dengan dua daripada mereka berada di zon merah, enam di zon kuning dan seorang di zon hijau.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Hasnan Hassan berkata, letupan itu disebabkan oleh kerosakan enjin.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Hasnan berkata, berdasarkan siasatan awal, bot itu meletup apabila anggota terbabit cuba menghidupkan enjin.
“Tidak ada bahan letupan pada masa itu. Sembilan anggota cedera tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa. Ketika kejadian, anggota terbabit sedang melakukan latihan rutin mereka di Pangkalan Marin,” katanya.
DCP Hasnan berkata, siasatan terperinci akan dijalankan untuk menentukan punca enjin meletup. - ismaweb
Demikianlah Artikel Bot meletup di Setiawan,Perak Hari ini, 9 Komando 69 cedera
Sekianlah artikel Bot meletup di Setiawan,Perak Hari ini, 9 Komando 69 cedera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bot meletup di Setiawan,Perak Hari ini, 9 Komando 69 cedera dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/02/bot-meletup-di-setiawanperak-hari-ini-9.html