Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen

Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen
link : Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen

Baca juga


Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen

 | January 7, 2017
Rafizi berikrar akan terus mendedahkan kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, termasuk satu pendedahan besar pada minggu depan untuk mengalu-alukan pelantikan Shahrir.
feldaPETALING JAYA: Rafizi Ramli menggesa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan Kertas Putih mengenai prestasi kewangan dan masa depan Felda di persidangan Parlimen yang dijadualkan bermula Mac nanti.

Naib Presiden PKR itu menerusi kenyataan hari ini berikrar akan terus mendedahkan kepincangan kewangan dan pengurusan Felda, termasuk satu pendedahan besar pada minggu depan untuk “mengalu-alukan” pelantikan Shahrir.

“Sedang saya mengalu-alukan pelantikan Tan Sri Shahrir Samad, saya juga ingin mengingatkan beliau tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang sudah berlaku bersabit Felda. Malah, beliau perlu menjawab dan menangani segera segala isu yang saya timbulkan,” katanya.

Rafizi berkata, isi itu meliputi pembelian 37% pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations Tbk pada harga 3 kali lebih tinggi, sedangkan Felda tiada wang dan tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dalam syarikat baharu itu, walaupun merupakan pemegang saham terbesar.

Bukan itu sahaja, katanya, prestasi kewangan Felda merudum sejak 2013 dengan kerugian berbilion ringgit setahun, hutang mencecah RM6 bilion dan rizab tunai susut daripada berbilion ringgit kepada RM291 juta sahaja pada tahun kewangan 2014.

“Kemampuan Felda menjalankan tanggungjawabnya kepada peneroka Felda, apabila kedudukan kewangannya meruncing sedangkan belanja menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion (berbanding pendapatan dan kerugian dicatatkan).

“Kegagalan projek perumahan Felda yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sehingga sejumlah RM193 juta kerugian khusus kepada program perumahan Felda dicatatkan pada 2014,” kata Rafizi.

Semalam, perdana menteri dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan Shahrir bagi menggantikan Tan Sri Isa Samad yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai pengerusi baharu Felda.
Bagaimanapun, Isa akan kekal sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Pada 29 Disember lalu, Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) Felda, Muzzammil Mohd Nor dilaporkan berkata, keputusan membeli pegangan dalam PT Eagle High Plantation Tbk penting bagi kemajuannya kerana syarikat itu sudah ke tahap ia perlu membuat perubahan selepas 6 dekad berada dalam industri.

Katanya, jika tidak berbuat demikian, ia tidak akan berkembang manakala pesaing lain dalam sektor minyak sawit global semakin maju ke depan.


Demikianlah Artikel Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen

Sekianlah artikel Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi mahu Shahrir umum Kertas Putih Felda di Parlimen dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/rafizi-mahu-shahrir-umum-kertas-putih.html

Subscribe to receive free email updates: