Judul : PAS RELA DIKENCING BERKALI-KALI ?
link : PAS RELA DIKENCING BERKALI-KALI ?
PAS RELA DIKENCING BERKALI-KALI ?
Pas perincikan tahaluf siyasi, kata Mursyidul Am
KUALA KANGSAR – Pas akan memperincikan kandungan tahaluf siyasi mereka melalui perbincangan bersama jemaah lain yang dijadualkan pada pertengahan bulan ini.
Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, secara dasarnya Pas telah meletakkan agama di kedudukan pertama sebagai syarat untuk bekerjasama menghadapi PRU14.
Menurutnya, pintu kerjasama itu dibuka kepada mana-mana pihak termasuk yang pernah memusuhi parti berkenaan, dengan syarat ia perlu dipimpin oleh Islam.
“Kita dah ada banyak pengalaman bertahaluf sebelum ini, jadi kali ini dengan sesiapa pun boleh, tapi mesti letakkan agama di tempat pertama. Syaratnya mesti dipimpin oleh Islam. Jadi siapa yang nak ikut...mailah dan pada sapa (siapa) yang tak mau... tak apa.
“Kepada sahabat kita yang pernah atau sedang atau akan datang yang mahu memusuhi kita dengan apa cara sekalipun, pintu Pas terbuka untuk mereka kembali. Kembalilah dengan nawaitu yang betul, kita sedi maafkan dan terima,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana anjuran Pas Kuala Kangsar, kelmarin.
Hashim berkata, pihaknya tidak pernah mengambil serius sindiran dan kritikan parti lain apabila memilih menjadi blok ketiga dalam landskap politik negara.
Menurutnya, blok ketiga yang ditubuhkan Pas itu bukanlah rekaan, namun atas matlamat perjuangan yang jelas untuk agama.
“Pilihan raya bukan satu-satu kepentingan, bila orang kata Pas tak akan menang kalau bertanding sendiri, kita tak kisah pun kerana kejayaan perjuangan parti ini tidak boleh disamakan dengan parti lain, ukurannya tidak kena.
“Sepertimana pada zaman Rasulullah, blok ketiga memainkan peranan bersihkan fahaman-fahaman Islam yang cacat, proses ini makan masa panjang, kita tak kisah berapa banyak masa nak diambil, yang penting kita dapat libatkan diri dalam perjuangan Islam,” katanya.
Demikianlah Artikel PAS RELA DIKENCING BERKALI-KALI ?
Sekianlah artikel PAS RELA DIKENCING BERKALI-KALI ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS RELA DIKENCING BERKALI-KALI ? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/pas-rela-dikencing-berkali-kali.html