PERCAYA TAK GAJI PENGASUH SETARAF GRADUAN?

PERCAYA TAK GAJI PENGASUH SETARAF GRADUAN? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERCAYA TAK GAJI PENGASUH SETARAF GRADUAN?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERCAYA TAK GAJI PENGASUH SETARAF GRADUAN?
link : PERCAYA TAK GAJI PENGASUH SETARAF GRADUAN?

Baca juga


PERCAYA TAK GAJI PENGASUH SETARAF GRADUAN?


Percaya tak gaji pengasuh setaraf graduan?


Setiap hari bekerja, melakukan perkara yang sama sampai satu tahap kita akan rasa bosan. Kalau orang perempuan mulalah fikir nak berhenti kerja duduk rumah, jaga anak.

Vanila Kismis (VK) sendiri pun pernah berperasaan macam ni. Tapi bila fikir balik sanggup ke nanti duduk rumah tapi tiada gaji hanya harap pemberian suami ?

Bagi yang dah biasa bekerja dan pegang duit sendiri memang tak sanggup rasanya. Jadi alternatifnya kenalah kerja juga, tapi kerja dari rumah. Paling mudah yang terlintas di fikiran selalunya jadi pengasuh.

Nampak sangat tak kelas kan. Tapi jangan pandang leceh pada kerjaya pengasuh ni tau. Sebabnya dari pemerhatian VK permintaan untuk khidmat ini memang tinggi. Ada saja ibu bapa yang mencari pengasuh terutamanya bayi.

Kalau nak tahu gaji pengasuh ini ada yang mencecah ribuan ringgit sama dengan taraf pekerja eksekutif di pejabat ya. Ini berdasarkan pengalaman pengasuh anak VK sendiri.

Dia mengasuh tiga bayi kembar (mulanya hanya berhasrat menjaga seorang bayi tapi kerana kasihan kembar ni terpisah maka dia sanggup, maklumlah pengasuh VK ni ada anak kembar juga).

Selain itu dia menjaga lagi tiga orang kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, dan seorang budak sekolah (transit).

Mari kita kira pendapatan dia. Upah mengasuh untuk seorang bayi adalah RM350, untuk budak-budak lebih dua tahun upahnya RM300 seorang dan caj transit RM130 seorang.

Bila dijumlahkan semua, pengasuh VK ni punya pendapatan sebulan dalam RM2,080. Tak macam gaji graduan? Walhal duduk rumah saja.

Modalnya cuma tenaga dan kos penyediaan makanan anak-anak. Kadar upah ini juga berbeza mengikut tempat. Kawasan perumahan di bandar misalnya, upah mengasuh bayi ini lebih tinggi. Boleh mencecah RM 400 seorang.

So apa korang rasa? Itu sebab VK kata jangan pandang rendah pada mereka ni, entah-entah gaji pengasuh ni lebih kurang saja dengan gaji kita yang bekerja di pejabat. Macam mana?

Dah ramai yang nak berhenti jadi pengasuh. Tunggu dulu, sebab setiap perkara ni ada pro dan kontranya. Fikir pula bab kerja pengasuh.

Kalau tengok pengasuh VK dia memang tak duduk diam. Ibu bapa dah hantar sebelum pukul tujuh pagi lagi dan tak semua balik pukul lima petang. Kadang-kadang sampai pukul 11 malam (ini VKlah).

Waktu siang masa mereka penuh dengan melayan anak-anak asuhan. Mandi, beri makan, tidurkan bayi memang nampak mudah tapi kalau jaga tiga orang, tak menang tangan. Itu belum lagi masuk melayan anak-anak sendiri.

Memikirkan perkara inilah VK pendamkan saja hasrat nak jadi pengasuh tu. Rasanya biarlah diteruskan saja kerja ni.

Tapi VK memang salute pada golongan pengasuh ni, terutama yang bekerja tak berkira dan sayang anak orang macam anak sendiri. Tak semua orang boleh buat macam ni.

Artikel dipetik daripada http://ift.tt/21M9b63




Demikianlah Artikel PERCAYA TAK GAJI PENGASUH SETARAF GRADUAN?

Sekianlah artikel PERCAYA TAK GAJI PENGASUH SETARAF GRADUAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERCAYA TAK GAJI PENGASUH SETARAF GRADUAN? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/percaya-tak-gaji-pengasuh-setaraf.html

Subscribe to receive free email updates: