[JERANTUT] TERNAK RUSA JANA PENDAPATAN

[JERANTUT] TERNAK RUSA JANA PENDAPATAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [JERANTUT] TERNAK RUSA JANA PENDAPATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [JERANTUT] TERNAK RUSA JANA PENDAPATAN
link : [JERANTUT] TERNAK RUSA JANA PENDAPATAN

Baca juga


[JERANTUT] TERNAK RUSA JANA PENDAPATAN


Ternak rusa jana pendapatan


Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Sungai Retang adalah satu-satunya PDK di negara ini yang menjadikan ternakan rusa sebagai sumber kewangan mereka.

Dianggarkan 10 rusa diternak di dalam sebuah kandang seluas sekitar 0.2 hektar terletak bersebelahan PDK terbabit.

Ternakan yang diusahakan itu bukan sahaja menjadi sumber kewangan PDK Felda Sungai Retang, malah ia juga menjadi daya tarikan penduduk setempat khususnya untuk melihat hidupan ternakan itu dengan lebih dekat.

Pengerusi PDK Putera Puteri Felda Sungai Retang, Suran Jaafar berkata, tercetusnya idea untuk menternak rusa adalah menerusi inisiatif yang diketengahkan Pengasas Pusat Anak Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor yang memperuntukkan RM5,000 untuk setiap PDK.

Selain itu, katanya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri turut menggalakkan PDK membuat ternakan dengan menyumbangkan RM5,000.

“Ini menjadikan keseluruhan peruntukan yang diterima untuk membangunkan projek ini adalah sebanyak RM10,000.

“Ketika itu, memandangkan adik saya bekerja di Zoo Melaka, dia nak lepaskan enam ekor rusa yang dijual pada harga RM1,000 di mana selebihnya digunakan untuk membina ladang ternakan ini,” katanya.

Tambahnya, projek ternakan itu bermula sejak 2008, dengan hanya dua ekor rusa jantan dan enam betina, kini semakin berjaya mengembangkan ternakan apabila bilangan haiwan tersebut mencecah sehingga 30 ekor.

“Tapi kebanyakan rusa yang telah besar kami jual dan wang hasil jualan sebanyak RM1,500 untuk seekor rusa itu diletakkan di dalam tabung PDK dan digunakan untuk perbelanjaan PDK selain digunakan untuk menganjurkan rombongan tahunan.

“Dengan menggunakan wang hasil jualan rusa ini, sudah banyak tempat lawatan yang telah PDK Felda Sungai Retang kunjungi iaitu ke Perak, Terengganu, Johor, Melaka dan Selangor,” katanya.

Suran berkata, sebanyak tujuh ekor rusa telah berjaya dijual pada tahun lalu manakala empat ekor rusa mati disebabkan ibu yang enggan menyusukan anaknya selain beberapa ekor lagi terlepas dari kandang.

Ujarnya, kerja-kerja memberi makan dan menjaga rusa-rusa terbabit dipertanggungjawabkan kepada tukang kebun PDK yang juga merupakan bekas pelajar PDK terbabit yang mempunyai masalah pendengaran, Mohamad Azrin Ahmad, 27.

Dalam pada itu, Suran berkata, Mohamad Azrin sangat berminat untuk melakukan kerja-kerja sedemikian di mana Mohamad Azrin turut diberikan elaun pekerja cacat (EPC) sebanyak RM300 sebulan.

Menurut Suran lagi, Mohamad Azrin menjadi bukti bahawa menghantar anak ke PDK memberi banyak kebaikan terutama dalam mendidik anak-anak istimewa ini untuk berfikir sendiri dan hidup lebih berdikari.

Suran dalam masa sama turut memohon pihak berwajib untuk mempertimbangkan semula elaun petugas di PDK di mana petugas di sana dikatakan menerima elaun sebanyak RM800 sebulan bagi mengurus dan mendidik anak-anak istimewa tanah rancangan itu.

“Elaun RM800 sudah tidak bersesuaian dengan keadaan sekarang. Sudah sampai masanya untuk elaun mereka dinaikkan memandangkan tugas mereka menghadapi anak-anak istimewa ini bukan mudah. Selain itu, saya juga minta agar elaun RM200 sebulan bagi pembantu turut dinaikkan,” katanya.

Penyelia PDK Putera Puteri Felda Sungai Retang, Azmah Saludin, berkata, PDK itu memiliki 16 pelajar OKU dan empat tenaga pengajar.

Azmah berkata, masih ramai ibu bapa di luar sana yang masih belum menghantar anak-anak istimewa mereka ke PDK.

“Jika hantar anak mereka ke PDK, anak-anak bukan saja terima elaun bulanan, malah juga dapat bergaul dengan rakan-rakan sekali gus menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

“Kami boleh bantu anak-anak mereka untuk hidup berdikari selain turut bantu mereka bina kerjaya di masa akan datang dengan menghantar mereka menyertai kursus-kursus kemahiran yang disediakan,” katanya.




Demikianlah Artikel [JERANTUT] TERNAK RUSA JANA PENDAPATAN

Sekianlah artikel [JERANTUT] TERNAK RUSA JANA PENDAPATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [JERANTUT] TERNAK RUSA JANA PENDAPATAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/jerantut-ternak-rusa-jana-pendapatan.html

Subscribe to receive free email updates: