Murid tanpa sijil lahir boleh bersekolah – Mahdzir

Murid tanpa sijil lahir boleh bersekolah – Mahdzir - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Murid tanpa sijil lahir boleh bersekolah – Mahdzir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Murid tanpa sijil lahir boleh bersekolah – Mahdzir
link : Murid tanpa sijil lahir boleh bersekolah – Mahdzir

Baca juga


Murid tanpa sijil lahir boleh bersekolah – Mahdzir

HULU TERENGGANU 6 Jan. – Ke­menterian Pendidikan membenarkan murid yang tidak memiliki sijil kelahiran untuk meneruskan sesi pem­belajaran di sekolah sementara menunggu proses pendaftaran dan dokumentasi itu selesai.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jaminan itu selaras dengan usa­ha untuk memastikan tiada golongan tercicir mendapat kemudahan pendidikan terutama sekiranya salah seorang daripada ibu bapa kanak-kanak itu adalah warganegara Malaysia.

“Ini kerana adalah tidak adil untuk kita menghukum kanak-kanak tersebut di atas kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok di sini hari ini yang terjejas akibat bencana banjir.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat serta Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir memberitahu, pihaknya akan mengkaji semula keadaan bangunan sekolah dan lokasi yang sering terjejas akibat banjir di Pantai Timur bagi memastikan isu sekolah ditenggelami air semasa musim tengkujuh dapat diatasi.

Katanya, langkah itu terma­suk mengambil kira keperluan untuk meninggikan bangunan sekolah selain memindahkannya ke lokasi baharu.

Beliau berkata, ketika ini terdapat empat sekolah di daerah Rantau Panjang dan Tumpat di Kelantan serta Setiu dan Hulu Terengganu di sini yang dikenal pasti berdepan masalah banjir hampir lima kali dalam setahun.

“Kalau tiada tanah di kawasan itu maka pihak sekolah boleh meninggikan bangunan itu namun tingkat atas sahaja digunakan untuk sesi pembelajaran manakala ruang bawah dikosongkan.

“Ini baru empat kawasan yang kita tengok dan mungkin ada lagi di tempat lain jadi saya terima cadangan pejabat pendidikan daerah untuk meninggikan sekolah dan akan balik berbincang di peringkat kementerian apa yang boleh dibuat,” katanya.


jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Murid tanpa sijil lahir boleh bersekolah – Mahdzir

Sekianlah artikel Murid tanpa sijil lahir boleh bersekolah – Mahdzir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Murid tanpa sijil lahir boleh bersekolah – Mahdzir dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/murid-tanpa-sijil-lahir-boleh.html

Subscribe to receive free email updates: