Judul : Kementerian Pendidikan nafi tutup IPG
link : Kementerian Pendidikan nafi tutup IPG
Kementerian Pendidikan nafi tutup IPG
PASIR PUTEH 6 Jan. - Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan sebahagian daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara akan ditutup ekoran kekangan kewangan kerajaan pada tahun ini.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebaliknya menjelaskan, jumlah pengambilan guru pelatih akan dikurangkan berasaskan keperluan semasa.
Beliau berkata, sebanyak 11 IPG tidak akan membuat pengambilan baharu dan kesemua institut tersebut akan disusun semula dari aspek penggunaan dan keperluan dalam menjana pendidikan negara pada masa depan.
“Isu yang disebarkan menerusi media sosial yang mengatakan IPG akan ditutup adalah khabar angin.
“Perkara ini tidak benar yang seolah-olah menggambarkan Kementerian Pendidikan tidak mempunyai pendekatan strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam hal yang berkaitan,” katanya selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, dekat sini, malam tadi.
Mahadzir berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan IPG yang tidak membuat pengambilan akan dijadikan sebagai pusat pendidikan lanjutan dalam meningkatkan profesional guru atau menempatkan pelajar politeknik dan vokasional berasaskan kemudahan fizikal serta kepakaran tenaga pengajar sedia ada.
“Apa salahnya kita memanfaatkan kemudahan sedia ada ini berbanding terpaksa mengeluarkan peruntukan baharu membina bangunan untuk pendidikan politeknik dan vokasional.
“Semua perancangan ini masih dalam proses peringkat akhir dan akan dimaklumkan semula dalam tempoh terdekat. Namun, saya menafikan dakwaan IPG tertentu akan ditutup.
“Kementerian menilai pelbagai aspek dan keperluan selaras dengan aspirasi negara dan pensyarah yang terbabit tidak perlu bimbang mengenai status mereka kerana kebajikan tenaga pengajar adalah perkara yang diberi keutamaan,” katanya.
Mahdzir berkata, keperluan guru pada masa kini adalah stabil dan mencukupi tetapi perlu membuat sedikit pengambilan baharu untuk menggantikan sejumlah pendidik yang pencen, menamatkan perkhidmatan atau meninggal dunia.
“Kira-kira 25 tahun lalu, maktab perguruan (sebelum dinaik status sebagai IPG) membuat pengambilan guru pelatih seramai 2,000 hingga 2,500 setahun tetapi kini pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan pengajian guru pelatih masa kini mengambil tempoh yang lebih lama dan bertaraf siswazah,” katanya.

Demikianlah Artikel Kementerian Pendidikan nafi tutup IPG
Sekianlah artikel Kementerian Pendidikan nafi tutup IPG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kementerian Pendidikan nafi tutup IPG dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/01/kementerian-pendidikan-nafi-tutup-ipg.html