Judul : RAMAI UMNO MASUK PAS SETELAH SEDAR UMNO TAK BETUL
link : RAMAI UMNO MASUK PAS SETELAH SEDAR UMNO TAK BETUL
RAMAI UMNO MASUK PAS SETELAH SEDAR UMNO TAK BETUL
'Masuk Pas tak beri keuntungan'
GUA MUSANG - Umno menyifatkan segelintir peneroka dari Kesedar Paloh dan Lebir di sini, yang memilih untuk beralih kepada Pas sebagai kumpulan yang tidak tahu mengenang jasa.
Timbalan Ketua Umno Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah berkata, tindakan itu bukanlah satu perkara yang memberi keuntungan kepada peneroka, malah bakal berdepan dengan situasi sukar.
“Saya difahamkan beberapa keluarga membuat keputusan untuk berada bersama Pas kerana tidak berpuas hati atas beberapa perkara termasuk hak milik rumah dan geran.
“Saya yakin, tindakan itu hanya sia-sia kerana Pas tidak boleh bantu memberi geran kepada mereka. Cubalah jadi manusia yang tahu berterima kasih dan menghargai jasa.
“Apa jua janji dari Pas hanyalah omongan kosong untuk menarik ahli demi kepentingan mereka sahaja tanpa membantu,” katanya selepas Majlis Penghargaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Sesi 2015/2016, di ibu pejabat Kesedar, di sini.
Turut hadir, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Fazam Mat Lazim, Adun Galas, Ab Aziz Yusoff dan Timbalan Pengurus Besar Pengurusan Kesedar, Iskandar Zulkarnain Ibrahim.
Nozula yang juga Timbalan Pengerusi Kesedar berkata, peneroka perlu bersyukur dengan kehidupan yang mereka nikmati kini dengan bantuan agensi kerajaan tersebut.
“Banyak bantuan disalurkan untuk meningkatkan taraf hidup peneroka. Namun, bila mereka sudah senang, mereka sudah lupa siapa yang membantu dan cuba mencari kesalahan.
“Sebagai contoh di Lebir, ramai yang memilih untuk menguruskan ladang sendiri tanpa bantuan Kesedar. Akibatnya, pembangunan ladang di sana sukar dilaksanakan.
“Saya nasihati mereka supaya jangan terlalu tamak kerana kesannya adalah kepada diri sendiri. Fikir dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan,” katanya.
Terdahulu, beberapa peneroka dari Kesedar Chalil dilaporkan mula beralih kepada Pas selepas tidak lagi mempercayai kepimpinan Umno dalam pemerintahan.
Demikianlah Artikel RAMAI UMNO MASUK PAS SETELAH SEDAR UMNO TAK BETUL
Sekianlah artikel RAMAI UMNO MASUK PAS SETELAH SEDAR UMNO TAK BETUL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RAMAI UMNO MASUK PAS SETELAH SEDAR UMNO TAK BETUL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/ramai-umno-masuk-pas-setelah-sedar-umno.html