Judul : JAMAL MALUKAN POLIS, PBT - Jangan sampai Jamal serbu pusat judi, maksiat seluruh negara
link : JAMAL MALUKAN POLIS, PBT - Jangan sampai Jamal serbu pusat judi, maksiat seluruh negara
JAMAL MALUKAN POLIS, PBT - Jangan sampai Jamal serbu pusat judi, maksiat seluruh negara
INILAH realiti negara Malaysia yang dikatakan majoriti rakyatnya beragama Islam dan Perlembagaannya mengatakan Islam adalah agama Persekutuan.
Judi, arak dan zina jelas diharamkan oleh Islam tetapi terdapat peruntukan Perlembagaan yang membenarkan premis-premis beroperasi dengan syarat ia didaftarkan dan mendapat lesen pihak berkuasa tempatan.
Kewujudan pusat-pusat ini menjadi lubuk manusia yang tiada pedoman agama melampiaskan nafsu melakukan perkara-perkara terkutuk seperti judi, meminum arak dan berzina di premis-premis berkenaan.
Apabila pusat judi dan hiburan dilesenkan, ertinya ia sah di sisi undang-undang negara dan tidak boleh ‘disentuh’ oleh sesiapa termasuklah oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat semalam berkata bahawa Jamal perlu mengikut saluran betul untuk membanteras gejala judi di mana-mana premis perjudian.
Inilah malangnya negara kita apabila premis aktiviti haram seperti judi dan pusat hiburan dilindungi oleh undang-undang dan pihak polis dipertanggungjawabkan melindungi premis judi atas nama ‘menegakkan undang-undang’.
Umat Islam perlu mendesak kerajaan menghentikan pengeluaran lesen dan membatalkan lesen premis-premis berkenaan atas alasan ia bercanggah dengan agama Islam.
Jika perlu meminda akta Perlembagaan, maka lakukanlah sekalipun mendapat tentangan pihak tertentu yang anti-Islam.
Kita letak ke tepi isu Jamal kerana ini bukan isu Jamal semata-mata. Hakikatnya isu ini lebih besar daripada isu Jamal.
Isunya ialah wujud pusat-pusat perjudian, pusat urut yang menjadi topeng di sebalik aktiviti-aktiviti haram yang mendapat lesen dan dilindungi undang-undang.
Pedang mengakhiri tulisan kali ini dengan cebisan pengajaran daripada hadis sahih yang selalu kita dengar mengenai ‘nahi mungkar’.
Nabi Muhammad bersabda: “Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu, gunakan lidah. Jika tidak mampu, gunakan hati. Demikian itu adalah selemah-lemah iman.”
Ertinya, pihak pemimpin yang ada kuasa seperti Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen dan ahli majlis berkuasa tempatan WAJIB menggunakan bidang kuasa yang ada di tangan mereka membanteras kemungkaran ini.
Berdasarkan ulasan ulama, golongan yang mengubah kemungkaran menggunakan lidah atau hati, sedangkan mereka ada kuasa, maka tindakan menggunakan lidah dan hati mereka itu tidak diterima Allah malah mereka akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.
Kata Pedang: Banyak lagi pusat hiburan dan perjudian di Kuala Lumpur dan Selangor yang Jamal perlu serbu, tapi kalau ia berlaku selepas ini, di mana pihak polis nak sorok muka?
- ismaweb
Demikianlah Artikel JAMAL MALUKAN POLIS, PBT - Jangan sampai Jamal serbu pusat judi, maksiat seluruh negara
Sekianlah artikel JAMAL MALUKAN POLIS, PBT - Jangan sampai Jamal serbu pusat judi, maksiat seluruh negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel JAMAL MALUKAN POLIS, PBT - Jangan sampai Jamal serbu pusat judi, maksiat seluruh negara dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/jamal-malukan-polis-pbt-jangan-sampai.html