RAKYAT SEMAKIN PENAT DAN LEMAH

RAKYAT SEMAKIN PENAT DAN LEMAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RAKYAT SEMAKIN PENAT DAN LEMAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RAKYAT SEMAKIN PENAT DAN LEMAH
link : RAKYAT SEMAKIN PENAT DAN LEMAH

Baca juga


RAKYAT SEMAKIN PENAT DAN LEMAH


Muhammad Quttub


Meskipun berdepan konfik, rakyat Syria terutama di Aleppo tidak pernah berputus asa meneruskan kelangsungan hidup di negara itu.

Seorang aktivis kemanusian warga Syria, Muhammad Quttub berkata, rata-rata penduduk Syria nekad mempertahankan tanah air mereka.

“Mereka tahu situasi sebenar yang berlaku dan perlu menghadapinya,” katanya ketika mengunjungi Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), semalam.

Menurutnya, rakyat negara itu tidak pernah menyangka kemelut yang mereka hadapi berpanjangan sehingga kini.

“Pada 2012, rejim Bashar al-Assad hampir tersungkur, namun tahap propaganda yang dilancarkan oleh pemimpin itu semakin meningkat.

"Genjatan senjata yang diumumkan oleh pemimpin itu adalah sikap kepura-puraan Bashar dalam menangani isu ini.

“Bukan hanya gencatan senjata yang rakyat mahukan. Mereka mahu kebebasan yang dinikmati sebelum ini dikembalikan semula,” katanya.

Muhammad berkata, krisis ini tiada noktah sekiranya Bashar terus mendapat sokongan berterusan daripada sekutunya.

“Selagi masih ada sokongan dari Rusia, Iran dan sebagainya, selagi itulah rakyat Syria akan terus menderita.

"Rakyat Syria semakin penat dan lemah selepas berpanjangan berdepan dengan rejim Bashar.

Sudah enam tahun mereka menjadi mangsa pembunuhan, pengeboman, rogol serta sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Syria sangat mengharapkan sumbangan daripada dunia luar bagi memulihkan kembali keadaan di sana.

“Selain bantuan kewangan dan barangan keperluan, mereka sebenarnya memerlukan bantuan diplomatik, tekanan politik dari negara luar bagi menentang dan menghentikan kekejaman Bashar.

“Sebarkan kepada dunia apa yang berlaku di sana. Bantuan ini adalah untuk ummah, bukannya semata-mata membantu rakyat Syria yang tertindas,” katanya.

Muhammad turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan negara ini yang menghulurkan bantuan kepada Syria.

“Terima kasih kerana membuka pintu menerima kami, cuma kami berharap agar pemimpin Malaysia memberi sedikit kelonggaran kepada pelarian ini untuk bekerja bagi meneruskan kehidupan sementara di sini,” katanya.




Demikianlah Artikel RAKYAT SEMAKIN PENAT DAN LEMAH

Sekianlah artikel RAKYAT SEMAKIN PENAT DAN LEMAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RAKYAT SEMAKIN PENAT DAN LEMAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/rakyat-semakin-penat-dan-lemah.html

Subscribe to receive free email updates: