Judul : Berapa lesen AP kamu terima, soal DAP kepada Jamal
link : Berapa lesen AP kamu terima, soal DAP kepada Jamal
Berapa lesen AP kamu terima, soal DAP kepada Jamal
Selepas Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan tindakan merobohkan hotel miliknya di Sekinchan sebagai sikap pilih kasih kerajaan Selangor, seorang pemimpin DAP menuntut ketua Umno Sungai Besar itu mendedahkan bilangan lesen import (AP) kereta yang diterimanya.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng semalam mendakwa syarikat kenderaan Jamal diberikan AP, lesen dibekalkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan yang membolehkan kenderaan persendirian dan komersil diimport.
“Apa istimewanya Jamal sehingga mendapat layanan khas daripada kerajaan dalam hal AP?” soal Lim, yang mahu kerajaan menjelaskan pemberian AP kepada Jamal.
Jamal yang aktif menceburi pelbagai jenis perniagaan dipercayai pemilik sebuah syarikat kenderaan di Kuala Lumpur.
Minggu lalu, Sekin Fishermen Village Hotel & Resort miliknya dirobohkan penguatkuasa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), selepas dikenakan notis amaran di bawah Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013.
Jamal menuduh Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali berdendam terhadapnya disebabkan “protes tuala” yang dilakukannya di luar Bangunan SUK di Shah Alam bagi menunjukkan rasa tidak puas hati pemotongan bekalan air di Lembah Klang.
Beliau turut dilapor mempersoalkan apa yang didakwanya sikap pilih kasih dalam layanan kerajaan negeri yang memberikan lesen niaga kepada “anak dara”, dipercayai merujuk pengusaha nasi lemak, Siti Hajjar Ahmad yang menerima pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan bajet 2017 Oktober lalu.
Lim berkata Siti Hajjar yang terkenal dengan “Nasi Lemak Anak Dara” itu diberi lesen kerana mematuhi syarat pihak berkuasa.
“Saya ingin ingatkan beliau bahawa resort tersebut adalah sebuah perusahaan tidak sah di sisi undang-undang, di mana Jamal sebagai pemiliknya telah melanggar arahan pihak berkuasa tempatan berkali-kali.
“Berbeza dengan Siti Hajjar yang menerima borang permohonan lesen niaga ketika lawatan menteri besar ke gerainya. Kelulusan diberikan setelah mematuhi syarat-syarat yang dikenakan,” katanya. -FMT
Demikianlah Artikel Berapa lesen AP kamu terima, soal DAP kepada Jamal
Sekianlah artikel Berapa lesen AP kamu terima, soal DAP kepada Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berapa lesen AP kamu terima, soal DAP kepada Jamal dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/berapa-lesen-ap-kamu-terima-soal-dap.html