Pendidikan Malaysia di landasan yang tepat

Pendidikan Malaysia di landasan yang tepat - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendidikan Malaysia di landasan yang tepat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendidikan Malaysia di landasan yang tepat
link : Pendidikan Malaysia di landasan yang tepat

Baca juga


Pendidikan Malaysia di landasan yang tepat

PUTRAJAYA 8 Dis. - Keputusan Kementerian Pen­didikan menjadikan Ke­­mahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai aspirasi yang diterapkan dalam diri murid telah berjaya meletakkan mereka sebagai generasi yang mampu bersaing di peringkat global.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keupayaan murid memperoleh ilmu pengetahuan melalui pera­saan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat membolehkan mereka meng­hubungkan pelbagai disi­plin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.

Menurutnya, peningkatan skor murid dalam pentaksiran antarabangsa yang menggunakan soa­lan aras tinggi menunjukkan usaha untuk menyediakan generasi ma­sa hadapan sudah mula menampakkan hasil.

“Sebagai kerajaan yang melihat jauh ke hadapan, kita mahu sekolah menyediakan murid de­ngan kemahiran dan nilai yang relevan untuk mereka menjadi warganegara yang dapat me­nyum­bang kepada kejayaan negara.

“Jika 10 tahun akan datang kita akan memandu kereta terbang, murid yang akan mencipta, menghasilkan kereta itu dan membaik pulihnya,” katanya menerusi portal tokdet.my yang bertajuk Menerajui Perubahan: Anjakan 1 - Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
Beliau memberikan reaksi demikian sebagai mengulas peng­umuman keputusan pentaksiran antarabangsa Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) yang meletakkan skor kedua-dua pentaksiran untuk Malaysia meningkat secara signifikan.

Daripada 16 negara peserta yang telah mencatatkan pe­ningkatan skor dalam sains pada TIMSS 2015, Malaysia mencatat peningkatan tertinggi iaitu 44 mata berbanding TIMSS 2011 manakala PISA yang lebih ber­orientasikan literasi domain sain­tifik, matematik dan bacaan juga amat membanggakan negara.

Beliau yang berkongsi pe­ngalamannya semasa bertemu pimpinan mahasiswa Malaysia yang belajar di luar negara semasa Perhimpunan Agung UMNO 2016 minggu lalu memberitahu, pelajar terbabit sepakat menyokong usaha kerajaan dalam usaha melahirkan generasi berkualiti sebagai persediaan untuk menjalani kehidupan di luar negara.

“Mereka berkata, KBAT, kemahiran berkomunikasi atau bahasa serta pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif bagi mereka mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritik termasuk di luar konteks akademik.

“Dalam sesi dialog itu saya jelaskan bahawa sistem pendidikan negara berada di landasan yang betul kerana kita meletakkan asas yang kukuh melalui penerapan Enam Aspirasi Murid bagi para pelajar,” katanya.

Mahdzir turut menjelaskan bahawa murid bukan bahan eksperimen, sebaliknya setiap yang dilaksanakan oleh kementerian telah melalui proses perancangan yang melibatkan pakar pendidikan dan sesi penglibatan awam secara meluas.

Sehubungan itu katanya, penglibatan pihak media dalam membantu menyebarkan maklumat mengenai perubahan yang sedang berlaku dalam bidang pendidikan negara dapat membantu menyampaikan maklumat secara meluas kepada orang ramai.

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Pendidikan Malaysia di landasan yang tepat

Sekianlah artikel Pendidikan Malaysia di landasan yang tepat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendidikan Malaysia di landasan yang tepat dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/pendidikan-malaysia-di-landasan-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :