#PAU2016: WALA' PEMUDA UMNO BUKAN KESETIAAN MEMBUTA TULI - KHAIRY JAMALUDDIN

#PAU2016: WALA' PEMUDA UMNO BUKAN KESETIAAN MEMBUTA TULI - KHAIRY JAMALUDDIN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #PAU2016: WALA' PEMUDA UMNO BUKAN KESETIAAN MEMBUTA TULI - KHAIRY JAMALUDDIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #PAU2016: WALA' PEMUDA UMNO BUKAN KESETIAAN MEMBUTA TULI - KHAIRY JAMALUDDIN
link : #PAU2016: WALA' PEMUDA UMNO BUKAN KESETIAAN MEMBUTA TULI - KHAIRY JAMALUDDIN

Baca juga


#PAU2016: WALA' PEMUDA UMNO BUKAN KESETIAAN MEMBUTA TULI - KHAIRY JAMALUDDIN





Kuala Lumpur – Prinsip wala’ atau ketaatan yang diamalkan terhadap pemimpin serta institusi kepemimpinan UMNO bukanlah amalan membuta tuli tetapi ia merupakan kesetiaan yang dituntut oleh agama.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata sememangnya setiap anggota perlu menunjukkan kesetiaan mereka selagi arahan yang diberi tidak melampaui batas dan pemimpin tidak melakukan sesuatu perkara yang dilarang agama.

“Ada yang bersangka buruk konon ini kesetiaan membuta tuli… ada yang mungkin kurang memahami… apabila kita bercakap tentang wala’ pastinya kita rujuk pada kesetiaan yang dituntut dalam agama.

“Adakah presiden kita seorang pemimpin yang melampaui batas? Adakah presiden kita minta kita lakukan yang dilarang oleh agama?

“Kena faham kenapa 600,000 Pemuda tetap beri wala’ pada Datuk Seri Najib (Tun Razak) hingga ke hari ini,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, yang berakhir hari ini.

Beliau berkata perhimpunan tahunan yang dijadikan platform untuk melontar suara anak muda dan aspirasi golongan itu saban tahun, memperlihatkan pelbagai iniatif membela rakyat dizahirkan oleh Najib.

Khairy berkata sejak beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO lapan tahun lalu, isu-isu yang menyelubungi golongan muda seperti gaji minimum, hak berpolitik mahasiswa dan juga kos sara hidup dapat diberi perhatian serius oleh parti.

“Setiap tahun kita bawa cadangan dan aspirasi anak muda, bagaimana untuk ringankan, bagaimana hendak bantu… saya tidak minta dedak, ini semua bukan untuk kepentingan peribadi saya, tetapi kita minta untuk rakyat.

“Bila kita minta gaji minimum dilaksanakan, Datuk Seri Najib laksanakan. Bila kita minta untuk pinda Akta Universiti dan Kolej Universiti, Datuk Seri Najib pinda.

“Bila kita tengok rakyat tersepit dengan kos sara hidup yang tinggi seperti kenaikan tol dan pengangkutan awam, sekali lagi Datuk Seri Najib bantu ringankan… bila dia turuti, maka wajib kita sokong,” katanya. 

Khairy berkata beliau sendiri walaupun tidak punya jawatan dalam kabinet pada penggal pertama sebagai ketua pemuda, beliau langsung tidak merajuk atau berdendam, malah terus setia dan istiqamah dengan kepimpinan Najib.

Menyentuh tentang peranannya yang bertindak sebagai panglima perang Tariq ibn Ziyad, Khairy dengan semangat berkobar-kobar meyakinkan pergerakan akan melaksanakan amanah yang diberikan.

“Pemuda mahu menjadi batu Jabal Tariq dalam memperkukuhkan UMNO dan mempertahankan institusi… dalam Pemuda bukan hanya saya seorang tetapi 600,000 Tariq Ibn Ziyad bersama Najib,” katanya.




Demikianlah Artikel #PAU2016: WALA' PEMUDA UMNO BUKAN KESETIAAN MEMBUTA TULI - KHAIRY JAMALUDDIN

Sekianlah artikel #PAU2016: WALA' PEMUDA UMNO BUKAN KESETIAAN MEMBUTA TULI - KHAIRY JAMALUDDIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #PAU2016: WALA' PEMUDA UMNO BUKAN KESETIAAN MEMBUTA TULI - KHAIRY JAMALUDDIN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/pau2016-wala-pemuda-umno-bukan.html

Subscribe to receive free email updates: