Najib Dan Hadi Berjaya Himpun 7 Ribu Orang Sertai Solidariti Rohingya

Najib Dan Hadi Berjaya Himpun 7 Ribu Orang Sertai Solidariti Rohingya - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Dan Hadi Berjaya Himpun 7 Ribu Orang Sertai Solidariti Rohingya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Dan Hadi Berjaya Himpun 7 Ribu Orang Sertai Solidariti Rohingya
link : Najib Dan Hadi Berjaya Himpun 7 Ribu Orang Sertai Solidariti Rohingya

Baca juga


Najib Dan Hadi Berjaya Himpun 7 Ribu Orang Sertai Solidariti Rohingya



Kira-kira 7,000 orang berhimpun di perkarangan Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Perhimpunan yang dinamakan Solidariti Ummah Rohingya itu penuh warna warni dengan dihadiri anggota PAS, Baju Merah dan masyarakat Rohingya yang menetap di negara ini.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Para peserta membawa sepanduk, antaranya berbunyi 'bebaskan Rohingya' dan 'Rohingya memerlukan suara anda untuk hapuskan pembersihan etnik'.

Najib dalam perhimpunan Agung Umno semalam mengesahkan kehadiran beliau dalam acara itu dan menegaskan perhimpunan tersebut bukan untuk menganggu hal ehwal Myanmar.

Ia berikutan kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar, U Zaw Htay yang memberi peringatan kepada Malaysia terhadap campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Abdul Hadi juga sebelum ini mengecam kezaiman ke atas etnik Rohingya dan menegaskan tanpa campurtangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) dan Asean – tidak mustahil Myanmar akan mengalami nasib serupa seperti berlaku di Bosnia Hazegorvina.

Semalam, sekumpulan Sami Buddha membuat bantahan terhadap Najib di luar Kedutaan Malaysia di Myanmar atas pendirian Putrajaya mengenai isu Rohingya.

Menurut portal beritaRohingya Vision, kira-kira 30 sami melaungkan slogan menentang Najib di luar kedutaan itu kerana didakwa campur tangan dalam hal ehwal Myanmar.

Kerajaan Myanmar menghadapi bantahan antarabangsa berikutan pembunuhan etnik Rohingya di negara itu. Ini berikutan serangan ke atas sebuah pos tentera Myanmar, yang telah dipersalahkan ke atas etnik Rohingya.

Myanmar tidak mengiktiraf masyarakat Rohingya sebagai rakyatnya.

- mkini




Demikianlah Artikel Najib Dan Hadi Berjaya Himpun 7 Ribu Orang Sertai Solidariti Rohingya

Sekianlah artikel Najib Dan Hadi Berjaya Himpun 7 Ribu Orang Sertai Solidariti Rohingya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Dan Hadi Berjaya Himpun 7 Ribu Orang Sertai Solidariti Rohingya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/najib-dan-hadi-berjaya-himpun-7-ribu.html

Subscribe to receive free email updates: