[MUADZAM SHAH] BENTUK KOMUNITI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN

[MUADZAM SHAH] BENTUK KOMUNITI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MUADZAM SHAH] BENTUK KOMUNITI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MUADZAM SHAH] BENTUK KOMUNITI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN
link : [MUADZAM SHAH] BENTUK KOMUNITI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN

Baca juga


[MUADZAM SHAH] BENTUK KOMUNITI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN


Bentuk komuniti berinteraksi dengan al-Quran


Peranan yang digerakkan oleh institusi masjid di sesuatu kawasan sebagai pusat dalam usaha mengaktifkan Rumah Ngaji sangat penting supaya menjadi model kepada pihak lain.

Ia berikutan kejayaan pelancaran Rumah Ngaji di Masjid Al-Muadzam Shah yang begitu bermakna kerana ia mengumpulkan tiga tempat sekali gus untuk mengaktifkan program berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff, berkata, ia merupakan contoh yang baik dan mampu menjadi model kepada daerah lain untuk turut sama mengaktifkan Rumah Ngaji.

Beliau berkata, bagi usaha itu masjid mengambil peranan sebagai penggerak secara tidak langsung menjadi pendorong kepada komuniti atau organisasi dalam sesuatu kawasan untuk turut serta.

Menurutnya, gelombang yang dibawa itu mampu membentuk komuniti yang berinteraksi dengan al-Quran iaitu baca Quran, faham Quran dan amalkan Quran.

"Apa yang dilakukan oleh Masjid Al-Muadzam shah ini termasuk dua tempat lagi boleh diperluaskan bukan sahaja ke universiti, kolej atau kolej vokasional tetapi banyak lagi organisasi dalam komuniti seperti hospital atau pun sekolah.

"Jadi mari lah kita sama-sama gerakkan dan aktifkan Rumah Ngaji serta #quranhour," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Ngaji di Masjid Al-Muadzam Shah, hari ini yang turut dihadiri Penyelaras Rumah Ngaji Pahang, Mohd Rozamli Mohd Rozak.

Marhaini berkata, kini telah ada lapan Rumah Ngaji di Pahang dan tempat-tempat yang dikunjungi orang dan adanya pengajian Quran secara percuma dengan konsep baca, faham serta amal.

"Kita harap 1438H akan banyak lagi rumah ngaji di Pahang, bukan sahaja di masjid tetapi di organisasi lain dan keluarga sendiri. Kita sama-sama gerakkan hingga capai 100 buah Rumah Ngaji di negeri ini," katanya.




Demikianlah Artikel [MUADZAM SHAH] BENTUK KOMUNITI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN

Sekianlah artikel [MUADZAM SHAH] BENTUK KOMUNITI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MUADZAM SHAH] BENTUK KOMUNITI BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/muadzam-shah-bentuk-komuniti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :