Judul : Mesej Hari Natal Setiausaha Agong DAP Penuh Kebencian Dan Fitnah
link : Mesej Hari Natal Setiausaha Agong DAP Penuh Kebencian Dan Fitnah
Mesej Hari Natal Setiausaha Agong DAP Penuh Kebencian Dan Fitnah
Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agong DAP, Joseph Lim Guan Eng semalam di laman sosial Facebook beliau telah mengeluarkan mesej Hari Natal kepada seleruh penganut Agama Kristian di Malaysia. Mesej yang penuh kebencian, hasutan, tohmahan dan fitnah ini amat janggal diucapkan oleh seorang pemimpin seperti beliau. Sebagai seorang yang beragama Kristian, Joseph Lim Guan Eng seharusnya lebih menghormati perayaan pada hari ini.
Beliau mengungkapkan Malaysia sebagai "Negara yang gagal (failed state)" sedangkan beliau adalah seorang Ketua Menteri di dalam salah satu negeri di dalamnya. Beliau berterusan memainkan isu 1MDB yang kononnya korup sedangkan beliau mungkin terlupa, di saat ini beliau sedang menghadapi dua tuduhan rasuah.
Sekiranya Joseph Lim Guan Eng terlupa, kita ingatkan beliau kembali. Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta. Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Siapa yang sebenarnya kaki rasuah Joseph Lim Guan Eng?
Akhir kata, Selamat Hari Natal buat semua penganut-penganut Agama Kristian dan Selamat Tahun Baru (kecuali kepada Joseph Lim Guan Eng). Merry Christmas. Ho Ho Ho!
Demikianlah Artikel Mesej Hari Natal Setiausaha Agong DAP Penuh Kebencian Dan Fitnah
Sekianlah artikel Mesej Hari Natal Setiausaha Agong DAP Penuh Kebencian Dan Fitnah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mesej Hari Natal Setiausaha Agong DAP Penuh Kebencian Dan Fitnah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/12/mesej-hari-natal-setiausaha-agong-dap.html