Polis cekup guru sekolah menengah, edar dadah ke negara jiran

Polis cekup guru sekolah menengah, edar dadah ke negara jiran - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis cekup guru sekolah menengah, edar dadah ke negara jiran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis cekup guru sekolah menengah, edar dadah ke negara jiran
link : Polis cekup guru sekolah menengah, edar dadah ke negara jiran

Baca juga


Polis cekup guru sekolah menengah, edar dadah ke negara jiran

MIRI, 5 Nov ― Polis Lawas menangkap seorang guru sekolah menengah yang disyaki mengedar dadah jenis syabu pada 5.50 petang semalam.

Ketua polis Lawas, DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, guru lelaki berumur 33 tahun itu ditangkap bersama-sama seorang lelaki berusia 36 tahun ketika mereka berada di dalam sebuah kereta di Jalan Merapok, Lawas.
“Berdasarkan siasatan kami, dadah itu tidak dijual kepada pelajar di sekolah tempat suspek mengajar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, dadah berkenaan adalah untuk dijual di daerah tanah tinggi Long Bawan, Indonesia.

“Kami telah mengesan dan memantau pergerakan mereka selama kira-kira empat bulan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Punang, Berayong Lawas itu juga didapati positif ampethamine.

“Ketika polis menangkap mereka, satu paket syabu seberat 27.7 gram, yang dianggarkan bernilai RM4,000, didapati tersembunyi di dalam tempat letak tangan kenderaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Guru-guru Sarawak (STU), kesatuan guru terbesar di negeri ini, menyuarakan rasa terkejut tentang penangkapan guru berkenaan kerana ia boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Presiden STU Jisin Nyud berkata kesatuan itu sedia bekerjasama dengan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi masalah dadah. ― Bernama

jobs from my.neuvoo.com


Demikianlah Artikel Polis cekup guru sekolah menengah, edar dadah ke negara jiran

Sekianlah artikel Polis cekup guru sekolah menengah, edar dadah ke negara jiran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis cekup guru sekolah menengah, edar dadah ke negara jiran dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/polis-cekup-guru-sekolah-menengah-edar.html

Subscribe to receive free email updates: