Jamal Dakwa 10,000 Di Malaysiakini Hari Ini

Jamal Dakwa 10,000 Di Malaysiakini Hari Ini - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jamal Dakwa 10,000 Di Malaysiakini Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jamal Dakwa 10,000 Di Malaysiakini Hari Ini
link : Jamal Dakwa 10,000 Di Malaysiakini Hari Ini

Baca juga


Jamal Dakwa 10,000 Di Malaysiakini Hari Ini



Pemimpin gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini hari ini disertai 10,000 orang.

"Hari ni saya hadkan 10,000 sahaja sebab tu bangunan masih selamat," katanya kepada pemberita selepas berakhir himpunan itu hari ini.

Walaupun Jamal memetik angka berkenaan,Malaysiakinimenganggarkan himpunan hari ini terdiri daripada paling banyak 700 peserta.

Terdahulu, Jamal yang mengetuai baju merah ke pejabat Malaysiakiniberkata kumpulan itu tidak mencapai jumlah sasaran 20,000 orang kerana mereka "kumpulan yang mematuhi undang-undang".

"Kalau sampai 20,000 orang, selain daripada bangunan ini runtuh, semua jalinan perniagaan medianya akan tutup kedai," katanya.

Jamal, dalam pertemuan dengan pengarang kananMalaysiakini Khamis lalu mengancam untuk membawa 20,000 orang dan meruntuhkan sebahagian daripada bangunan itu jika portal berita itu tidak menjelaskan pembiayaan yang diterima daripada Open Society Foundations (OSF).

Perhimpunan hari ini turut dihadiri segelintir kaum bukan Melayu.

Keadaan itu digunakan oleh pemimpin-pemimpin baju merah dalam ucapan mereka sebelum ketibaan Jamal untuk menyatakan perhimpunan itu bukan sahaja terdiri daripada kaum Melayu.

Oleh kerana jumlah polis yang ramai, tidak ada kejadian tidak diingini berlaku kecuali pergaduhan kecil antara pengamal media dan baju merah ketika mereka berasak-asak.

Jamal selepas ketibaannya berkata beliau mempunyai sesuatu untuk ditunjukkan iaitu mempamerkan demonstrasi silat.

Walaupun bukan Jamal sendiri menjadi sebahagian daripada demonstrasi silat berkenaan, melihat beberapa lelaki dipukul dengan kayu agak melucukan.

Demonstrasi itu, katanya, adalah hanya permulaan terhadap apa yang baju merah mampu lakukan.

Baju merah membantah pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh OSF yang dikaitkan dengan jutawan George Soros.

Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.

Pada mulanya, baju merah sepatutnya berkumpul di Dataran Merdeka tetapi selepas dihalang, mereka sebaliknya memilih untuk berhimpun di pejabatMalaysiakini.





Demikianlah Artikel Jamal Dakwa 10,000 Di Malaysiakini Hari Ini

Sekianlah artikel Jamal Dakwa 10,000 Di Malaysiakini Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jamal Dakwa 10,000 Di Malaysiakini Hari Ini dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/jamal-dakwa-10000-di-malaysiakini-hari.html

Subscribe to receive free email updates: