ISU PENJUALAN ASET THP: PEMUDA UMNO AKAN TERUS PANTAU, BERSUARA

ISU PENJUALAN ASET THP: PEMUDA UMNO AKAN TERUS PANTAU, BERSUARA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU PENJUALAN ASET THP: PEMUDA UMNO AKAN TERUS PANTAU, BERSUARA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU PENJUALAN ASET THP: PEMUDA UMNO AKAN TERUS PANTAU, BERSUARA
link : ISU PENJUALAN ASET THP: PEMUDA UMNO AKAN TERUS PANTAU, BERSUARA

Baca juga


ISU PENJUALAN ASET THP: PEMUDA UMNO AKAN TERUS PANTAU, BERSUARA







“Walaupun kerajaan umumkan penarikan balik kelulusan penjualan aset-aset ladang THP (Tabung Haji Plantation) ini atas alasan “untuk diteliti dengan lebih lanjut”, kami Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan memantau dan meneliti dengan dekat perkembangan sama ada transaksi ini bakal diteruskan juga pada masa akan datang.”

Demikian tegas Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung keputusan kerajaan yang telah mengumumkan untuk menarik balik keputusan penjualan aset ladang hartanah THP kepada Syarikat Tamaco Plantation Sdn. Bhd.

“Sejujurnya, kami masih berwaspada kerana daripada maklumat yang kami dedahkan sejak sebelum kejatuhan Kerajaan PH (Pakatan Harapan) pada bulan Januari 2020, THP telahpun menerima bayaran pendahuluan yang besar daripada penjualan tersebut setelah diumumkan di Bursa Malaysia.

“Justeru, bagi pihak rakyat dan pendeposit TH (Tabung Haji), insya-Allah kami akan terus memantau dan bersuara,” komen Dr Asyraf di dalam satu status Facebooknya mengenai perkara demikian.

Di dalam statusnya itu, Dr Asyraf turut mengimbas kronologi bagaimana pihaknya bersuara membantah penjualan aset tersebut.

24 Januari 2020 – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendedahkan transaksi mencurigakan penjualan lambak aset ladang THP pada harga jauh di bawah nilai pasaran.

24 November 2020 – Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan penjualan tanah ladang milik THP kepada Tamaco Plantation Sdn. Bhd.

30 November 2020 – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menghantar Memorandum kepada tiga menteri iaitu Datuk Seri Dr Dzulkifli Al Bakri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Azmin Ali sebagai jalan terakhir bagi menzahirkan bantahan dan mengharapkan kerajaan dapat menarik balik keputusan untuk meneruskan penjualan tersebut.

8 Disember 2020 – Pemuda UMNO keluarkan kenyataan membantah buat kali terakhir.

Semalam, Pemuda UMNO mendesak Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar segera campur tangan menghentikan penjualan ‘luar tabii’ oleh Pengurusan THP yang merupakan lantikan Kerajaan PH terdahulu.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga amat kecewa dengan pendedahan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Panglima Azeez Rahim di Dewan Rakyat pagi semalam bahawa EPU, Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan penjualan aset tanah ladang kelapa sawit milik THP kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd dengan harga RM170 juta melalui sepucuk surat bertarikh 24 November 2020.



Demikianlah Artikel ISU PENJUALAN ASET THP: PEMUDA UMNO AKAN TERUS PANTAU, BERSUARA

Sekianlah artikel ISU PENJUALAN ASET THP: PEMUDA UMNO AKAN TERUS PANTAU, BERSUARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU PENJUALAN ASET THP: PEMUDA UMNO AKAN TERUS PANTAU, BERSUARA dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2020/12/isu-penjualan-aset-thp-pemuda-umno-akan.html

Subscribe to receive free email updates: