Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu

Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu
link : Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu

Baca juga


Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu

IPOH - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini memberi teguran kepada sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia dalam kain rentang sekolah.

Teguran itu dibuat menerusi hantaran di ruangan komen Instagram milik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming pagi tadi.

Beliau menegaskan, poster berkenaan perlulah ditulis menggunakan bahasa kebangsaan memandangkan jata negara turut digunakan.

"Memandangkan logo (lambang) kerajaan digunakan pada poster dan YB (Yang Berhormat) merupakan wakil kepada kerajaan, poster mestilah ditulis dengan menggunakan bahasa kebangsaan," katanya.

Maszlee turut meminta Kor Ming membuat teguran terhadap sekolah berkenaan.

"Minta YB menegur pihak sekolah," tulisnya ringkas.

Gambar kain rentang berkenaan dimuat naik Ahli Parlimen Teluk Intan itu di Instagram peribadinya, malam tadi sebagai makluman bahawa beliau akan mengadakan lawatan dan menyampaikan bantuan kepada sekolah itu Isnin ini.

Kain rentang yang memaparkan tulisan bahasa Cina itu antara lain mengalu-alukan kehadiran wakil rakyat DAP itu kembali semula ke sekolah lama beliau.

Dalam pada itu, Kor Ming ketika dihubungi berkata, kain rentang berkenaan bukanlah poster rasmi daripada pihak sekolah.
Menurutnya, dalam versi rasmi dinyatakan secara jelas makluman program dalam bahasa Malaysia dan Cina.

"Bahasa kebangsaan dipaparkan dengan cukup jelas dalam banner rasmi, ini membuktikan semua pihak memang menghormati bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi pihak sekolah," katanya.

Katanya, beliau berharap tiada mana-mana pihak menjadikan perkara itu sebagai satu isu.

"Paling penting kita turun padang berbakti dan membantu rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama," katanya.


Demikianlah Artikel Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu

Sekianlah artikel Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri tegur kain rentang sekolah tidak guna Bahasa Melayu dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/menteri-tegur-kain-rentang-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates: