KPM pertimbang tindakan tatatertib kepada pentadbir dua sekolah

KPM pertimbang tindakan tatatertib kepada pentadbir dua sekolah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM pertimbang tindakan tatatertib kepada pentadbir dua sekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM pertimbang tindakan tatatertib kepada pentadbir dua sekolah
link : KPM pertimbang tindakan tatatertib kepada pentadbir dua sekolah

Baca juga


KPM pertimbang tindakan tatatertib kepada pentadbir dua sekolah

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Kementerian Pendidikan (KPM) telah memberikan peringatan tegas kepada pentadbir di dua sekolah di Pulau Pinang dan Perak kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pendidikan yang ditetapkan.

KPM menerusi kenyataan berkata, pihak kementerian juga sedang mempertimbangkan tindakan tatatertib sekiranya perlu berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 13 2016 serta Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kuriukulum Kebangsaan) 1997.

“Surat Siaran KPM itu menyatakan melalui Perkara 5.11 dalam Garis Panduan Pengurusan Majlis dan Pengurangan Amalan Protokol dan Sambutan di Jabatan Institusi Pendidikan di bawah KPM.

“Akta Pendidkan 1996 pula menetapkan mata pelajaran Pendidikan Seni adalah dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu bagi mematuhi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu tular dalam media sosial berhubung larangan bacaan doa sempena Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar 2019 di Sekolah Kebangsaan Methodist, Pulau Pinang.

Sementara itu, di salah sebuah sekolah di Perak, penceramah menyampaikan Kursus Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam Bahasa Cina sepenuhnya.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memaklumkan peringatan sama telah diberikan kepada semua sekolah supaya mematuhi semua Akta Pendidikan dan surat siaran telah diedarkan.

“Ketidakakuran kepada peraturan ini boleh membawa kepada tindakan tatatertib atau tindakan lain yang sesuai kepada pihak pentadbir sekolah terlibat.

“KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah disediakan untuk rujukan semua,” jelasnya


Demikianlah Artikel KPM pertimbang tindakan tatatertib kepada pentadbir dua sekolah

Sekianlah artikel KPM pertimbang tindakan tatatertib kepada pentadbir dua sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM pertimbang tindakan tatatertib kepada pentadbir dua sekolah dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/kpm-pertimbang-tindakan-tatatertib.html

Subscribe to receive free email updates: