Guru lelaki maut motosikal rempuh anjing

Guru lelaki maut motosikal rempuh anjing - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru lelaki maut motosikal rempuh anjing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru lelaki maut motosikal rempuh anjing
link : Guru lelaki maut motosikal rempuh anjing

Baca juga


Guru lelaki maut motosikal rempuh anjing

JASIN: Guru lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor anjing, dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Serkam- Merlimau, di sini.

Kejadian kira-kira jam 9.15 pagi tadi itu mengakibatkan mangsa Mazlan Musa, 46, mati di tempat kejadian, manakala anak lelakinya berusia sembilan tahun cedera.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan untuk membeli hadiah buat anaknya menyambut hari lahir hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya, berkata sebelum kejadian mangsa menunggang dari arah Serkam menghala ke Merlimau.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar seekor anjing yang melintas jalan.

“Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.

“Pembonceng yang juga anak mangsa mengalami luka di kaki dan tangan.

“Motosikal mangsa ditahan bagi dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM),” katanya.

Hasan Basri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Demikianlah Artikel Guru lelaki maut motosikal rempuh anjing

Sekianlah artikel Guru lelaki maut motosikal rempuh anjing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru lelaki maut motosikal rempuh anjing dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/09/guru-lelaki-maut-motosikal-rempuh-anjing.html

Subscribe to receive free email updates: