Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP

Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP
link : Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP

Baca juga


Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa beban kerja sekolah sebagai punca seorang murid menggantung diri baru-baru ini.

Sebaliknya katanya, tiada apa yang boleh dilakukan guru jika seseorang pelajar tidak mempunyai minat untuk belajar.

“Bukan untuk pelajar itu sahaja, tetapi hampir 2 juta lebih pelajar sekolah menengah kalau memang tiada minat untuk belajar, apa yang dibuat oleh guru akan menjadi satu beban untuk mereka termasuk kerja sekolah.

“Tetapi kita tidak boleh hadkan kerja sekolah kerana itu cara guru untuk mengukuhkan pemahaman murid-murid,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada malam Sabtu lepas, seorang pelajar berusia 13 tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai menggantung diri di dalam bilik air rumahnya di flat Jalan Paya Terubong, Taman Sri Relau, Georgetown, Pulau Pinang.

Hasil siasatan mendapati remaja terbabit dikatakan kurang berminat untuk belajar selain prestasi pelajarannya agak lemah termasuk sering merungut kepada ibu bapanya mengenai kerja sekolah yang terlalu banyak.

Sementara itu Aminuddin menambah kerja sekolah merupakan satu proses pembelajaran kepada pelajar dan tidak sepatutnya dianggap membebankan.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menunggu laporan penuh daripada polis susulan kes pelajar berkenaan.


Menterinya Dr Maszlee Malik berkata, pihak kementerian juga akan menjalankan siasatan sendiri berhubung isu itu sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk mengubah modul pembelajaran sekiranya perlu.

Aminuddin turut menggesa pihak polis supaya menjalankan siasatan lanjut berkenaan punca kematian pelajar berkenaan.

“Dalam hal ini kami percaya bukan kerja sekolah itu yang jadi punca cuma mungkin ia (kerja sekolah) sebagai satu kebetulan sahaja.

“Saya berharap pihak polis buat siasatan lanjut kerana saya juga yakin banyak juga faktor lain yang boleh terjadi,” katanya.

Tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kajian menunjukkan satu daripada lima anak muda mengalami kemurungan, manakala satu daripada 10 remaja berhadapan masalah tekanan perasaan.

Kajian Kesihatan Mental Kebangsaan 2017 menunjukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 5.5 juta belia di negara ini pernah terfikir untuk membunuh diri.


Demikianlah Artikel Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP

Sekianlah artikel Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau dah tak minat belajar, apa saja guru buat akan jadi beban - NUTP dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/08/kalau-dah-tak-minat-belajar-apa-saja.html

Subscribe to receive free email updates: