Dong Zhong tak sokong pengenalan seni khat dalam subjek BM

Dong Zhong tak sokong pengenalan seni khat dalam subjek BM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dong Zhong tak sokong pengenalan seni khat dalam subjek BM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dong Zhong tak sokong pengenalan seni khat dalam subjek BM
link : Dong Zhong tak sokong pengenalan seni khat dalam subjek BM

Baca juga


Dong Zhong tak sokong pengenalan seni khat dalam subjek BM

Imej via GPS Bestari
PETALING JAYA: Kumpulan pendidikan Cina menentang penambahan unit baru dalam subjek Bahasa Melayu (BM) tahun depan yang bertujuan mendedahkan pelajar sekolah vernakular seluruh negara kepada seni khat, satu bentuk tulisan kaligrafi Melayu-Arab.


Unit itu akan bermula tahun depan sebagai sebahagian daripada subjek BM Tahun 4, walaupun difahamkan pelajar tidak akan menjalani ujian untuk kemahiran mereka menulis khat.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) juga menyambut baik keputusan itu, dengan guru sudahpun menjalani latihan mengajar khat.

Tetapi Dong Zong dan Jiao Zong (DZJ), kumpulan yang mewakili kepentingan sekolah Cina seluruh negara menentang keputusan itu, dan sudah menggerakkan kumpulan kepentingan yang sama termasuk yang mewakili sekolah Tamil.

Mereka mendakwa “khat” sebagai sebahagian daripada sukatan BM adalah “tidak sesuai”, mengatakan tidak ada hubungan secara langsung antara seni khat dan BM.

“Jadi, tidak mungkin untuk meningkatkan penguasaan BM murid melalui pengajaran khat,” kata DZJ.

Kumpulan itu bagaimanapun berkata mereka gembira melihat kebudayaan semua kumpulan etnik, termasuk kaligrafi dipelajari semua kaum.

“Namun, kami tidak setuju jika pembelajaran kebudayaan tersebut diwajibkan,” kata DZJ.

Ia berkata jika kementerian ingin memperkenalkan seni khat itu, memadai sekadar pengenalan secara ringkas dan harus dimasukkan dalam subjek Pendidikan Seni.

“Kami menyokong usaha kerajaan untuk mewujudkan interaksi kaum di sekolah tetapi menentang dengan tegas terhadap penambahan unit dan kandungan yang membebankan guru dan murid,” kata DZJ.


Demikianlah Artikel Dong Zhong tak sokong pengenalan seni khat dalam subjek BM

Sekianlah artikel Dong Zhong tak sokong pengenalan seni khat dalam subjek BM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dong Zhong tak sokong pengenalan seni khat dalam subjek BM dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/dong-zhong-tak-sokong-pengenalan-seni.html

Subscribe to receive free email updates: