Kenapa SJKC di Sarawak bertegas guna Bahasa Mandarin ajar Sains & Matematik?

Kenapa SJKC di Sarawak bertegas guna Bahasa Mandarin ajar Sains & Matematik? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa SJKC di Sarawak bertegas guna Bahasa Mandarin ajar Sains & Matematik?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa SJKC di Sarawak bertegas guna Bahasa Mandarin ajar Sains & Matematik?
link : Kenapa SJKC di Sarawak bertegas guna Bahasa Mandarin ajar Sains & Matematik?

Baca juga


Kenapa SJKC di Sarawak bertegas guna Bahasa Mandarin ajar Sains & Matematik?

Gambar hiasan
Cikgu Mohd Fadli Salleh sekali lagi melontarkan pandangan beliau berkenaan SJKC yang menolak ntuk menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah mereka untuk pembelajaran Sains dan Matematik. Sekolah berkenaan untuk rekod akan mengekalkan dengan menggunakan Bahasa Mandarin bagi tujuan tersebut.
Kenapa SJKC di Sarawak tidak mahu terlibat sama untuk mengajar murid mereka menggunakan Bahasa Inggeris tahun depan?

1. Pandangan kuat saya mengatakan bukan kerana pada mereka English tidak bagus. Bukan. Bukan itu sebabnya.

2. Pada saya mereka ingin memudahkan murid-murid mereka faham dengan Matematik dan Sains.

3. Majoriti murid SJKC adalah dari kaum Cina itu sendiri. Bahasa pertuturan utama kaum Cina adalah Bahasa Cina. Bahasa Malaysia atau English menjadi bahasa kedua dan ketiga.
4. Memberi penerangan, memberi tunjuk ajar dalam sesuatu topik, jika terus murid faham pastinya lebih cepat mereka dapat. Bayangkan begini,

"Today we will learn about multiplication. You must remember, multiplication is repeated addition."

Lebih separuh murid tahun 1 dalam kelas menganga. Sepatah haram mereka tak faham. Maka guru kena terangkan pada murid dalam Bahasa Malaysia pula,

"Cikgu kata. Hari ini kita akan belajar pendaraban. Darab ini ialah penambahan berulang."

Nampak tak disitu ada pembaziran masa untuk translate apa yang diajar dahulu? Jadi masa mengajar yang sepatutnya sejam, hanya setengah jam dapat sampaikan ilmu. Setengah jam lagi habis untuk translate semula apa yang diajar.

5. Ini yang berlaku dikebanyakan sekolah sewaktu pelaksanaan PPSMI diwajibkan suatu ketika dahulu. Masa yang dibazirkan untuk translate itu sangat berharga dan sepatutnya diguna sepenuhnya untuk mengajar topik tersebut. Bukan untuk translate!

6. Jadi pada saya sebagai guru Matematik, sangat perlu mengajar dalam bahasa yang difahami murid-murid untuk memudahkan mereka faham seterusnya menguasai topik tersebut.

Tak kisahlah bahasa apa pun. Jika murid di sekolah itu datangnya dari kaum Kadazan, guna bahasa dan istilah Kadazan untuk memberi faham dan mengajar. Jika datang dari kaum Iban, guna bahasa Iban. Dan jika dari kaum India, guna sahaja bahasa India.

Fokusnya untuk memberi faham, bukan fokusnya untuk menguasai bahasa lain.
Jadi saya sebagai guru Matematik tiada pertikaian dan tiada masalah jika SJKC dan SJKT berkeras ingin ajar Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda mereka.

Kerana saya sangat yakin mereka ingin memudahkan murid-murid mereka faham selain mengelakkan pembaziran masa untuk translate setiap penerangan dalam bahasa ibunda pula.

7. Pejuang Bahasa Malaysia mungkin akan berbeza pendapat dalam isu ini. Mereka mungkin memperjuangkan agar seluruh sekolah di Malaysia menggunakan Bahasa Kebangsaan untuk memupuk semangat perpaduan selain memperkasakan Bahasa Malaysia.

Terpulanglah. Itu bukan perbahasan utama dalam artikel kali ini. Itu kita bahaskan semula dalam artikel yang lain.

8. Kalian boleh rujuk pada semua screenshot yang saya sertakan ini. Bahawa sangat ramai guru-guru yang setuju, untuk mudah memberi faham kepada murid (dalam subjek Matematik khususnya), pengajaran dalam bahasa yang difahami murid itu sangat penting.

9. Kesimpulannya, keputusan untuk mengajar Matematik (khususnya) dan Sains dalam Bahasa Inggeris perlu dikaji dengan cermat.

Saya tidak menulis artikel ini untuk ditujukan pada negeri Sarawak sahaja, tetapi untuk pendidikan di seluruh Malaysia.

Jika Bahasa Inggeris itu bahasa utama dan sememangnya menjadi bahasa perbualan rakyat di sana, sebagai guru Matematik saya tiada bantahan untuk diteruskan.

Namun jika sebaliknya, haruslah kita teliti dengan cermat dan mendalam agar murid-murid tidak dijadikan bahan eksperimen seterusnya kita pula menanggung kerosakan jangka panjang.
Fokus utama artikel ini adalah memberi faham kepada murid dalam subjek Matematik.

Suka saya tegaskan, artikel ini tiada kaitan dengan politik, sentimen perkauman atau sebagainya.

Kalian datanglah berdiskusi secara ilmiah di sini. Tolong elakkan komen yang bersifat politik, perkauman dan keagamaan.

Kita satu Malaysia. Dan saya hanya ingin yang terbaik untuk generasi kita yang akan datang.

Itu sahaja. Sekian, terima kasih.

*****************

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak mewakili mana-mana pihak, tidak mewakili sekolah, daerah, jabatan mahupun KPM.

Hanya artikel ilmiah dari seorang guru Matematik sekolah rendah yang cintakan dunia pendidikan dan mahu pendidikan negara kita terus maju dan terbilang.

Mohd Fadli Salleh.
#MFS
- Bicara warga bawahan. Moga-moga dipertimbangkan -



Demikianlah Artikel Kenapa SJKC di Sarawak bertegas guna Bahasa Mandarin ajar Sains & Matematik?

Sekianlah artikel Kenapa SJKC di Sarawak bertegas guna Bahasa Mandarin ajar Sains & Matematik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa SJKC di Sarawak bertegas guna Bahasa Mandarin ajar Sains & Matematik? dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/05/kenapa-sjkc-di-sarawak-bertegas-guna.html

Subscribe to receive free email updates: