‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng

‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng
link : ‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng

Baca juga


‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng




Najib berkata, walaupun kerajaan BN telah kalah pada pilihan raya umum ke-14, tetapi nilai ringgit telah turun lebih dahsyat.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendesak penjelasan menteri kewangan berhubung kemerosotan besar mata wang Ringgit berbanding Baht Thailand sehingga mencecah nilai RM13 bagi setiap 100 Baht, semalam.

Najib berkata, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kalah pada pilihan raya umum ke-14, tetapi nilai ringgit telah turun lebih dahsyat.

“Laungan PH pada suatu masa dahulu, ialah “Najib turun, Ringgit naik”. Saya dah turun dan Guan Eng (Menteri Kewangan, Lim Guan Eng) sudah naik. Tetapi ringgit turun dengan lebih dahsyat lagi. Apa alasan Lim,” kata beliau di laman Facebooknya.

Sebelum itu, beliau berkata, PH pernah memainkan isu kemerosotan nilai ringgit berbanding mata wang Thailand 3 tahun dahulu.

Najib berkata, ketika itu harga minyak dunia jatuh 80% dan Malaysia merupakan negara pengekspot minyak, manakala Thailand pengimport minyak.

“Pada masa itu, apabila ringgit merosot sehingga 100 Baht mencecah RM12.00 (RM1 bersamaan 8.33 Baht), PH mengeluarkan propaganda yang telah tular kononnya peniaga negara Thai tidak mahu menerima mata wang kita lagi.

“Nilai ringgit semakin memulih berbanding mata wang Thailand sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” katanya,

Bagaimanapun kata Najib, nilai ringgit jelas bertukar hala dan terus merosot selepas PRU14 sehingga mencecah penanda 100 bBaht bersamaan RM13.00 buat kali pertama, semalam.

Beliau berkata, pada masa ini harga minyak dunia sudah memulih dan kini 2 1/2 kali ganda berbanding harga 3 tahun dahulu.

“Semalam ringgit mencatat nilai paling rendah dalam sejarah berbanding Baht Thailand, iaitu 100 Baht Thai bersamaan RM13.15 (RM1 bersamaan 7.60 Baht),” katanya.


Demikianlah Artikel ‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng

Sekianlah artikel ‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Saya dah turun, tetapi ringgit turun lebih dahsyat’, kata Najib kepada Guan Eng dengan alamat link http://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/01/saya-dah-turun-tetapi-ringgit-turun.html

Subscribe to receive free email updates: